Wednesday, March 25, 2009

Teknologi fertigasi lumayan

Teknologi fertigasi lumayan
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Dr. Mahamud Sahid antara pakar dalam teknologi fertigasi tekun membimbing bakal usahawan menggunakan sistem tersebut.
Sektor pertanian di negara ini telah melalui pelbagai perubahan bermula dengan kaedah konvensional hinggalah kepada pengeluaran yang memerlukan teknologi tinggi bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti tanaman yang dihasilkan.
Salah satu daripadanya yang mendapat tempat di kalangan petani moden masa kini adalah sistem fertigasi pengeluaran tanah rendah.
Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mahamud Shahid berkata, sistem fertigasi merupakan pengeluaran tanaman tanpa tanah yang menggabungkan pengairan dan baja dalam satu sistem.
"Biasanya diletakkan di bawah struktur pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran hasil tinggi dan berkualiti serta menjadi alternatif terhadap sistem konvensional," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor, baru-baru ini.
Umumnya hanya beberapa jenis sayur-sayuran dan buah yang mempunyai nilai pasaran tinggi seperti cili merah, tomato, timun, zukini, terung, melon dan strawberi.
Tujuan asal fertigasi adalah untuk mengelakkan tanaman daripada jangkitan penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya bawaan tanah.
Walaupun ramai yang mengatakan kaedah fertigasi melibatkan kos yang tinggi tetapi sebenarnya kos permulaan dapat diatasi selepas satu musim selain mengurangkan penggunaan air dan baja.
Sementara itu penggunaan tenaga kerja yang minimum dengan penggunaan alat pengatur masa automatik mengurangkan kos.
Biasanya kos pada musim pengeluaran pertama adalah lebih tinggi berbanding dengan musim ke dua dan seterusnya.
Pada musim kedua dan seterusnya, kos menjadi rendah kerana medium masih boleh digunakan sehingga tiga atau empat pusingan jika diuruskan dengan baik.
Biasanya selepas satu pusingan, medium akan dirawat racun kulat sebelum digunakan semula pada pusingan akan datang.
Sehingga kini sejak fertigasi dimulakan terdapat ramai petani yang menggunakan teknik tersebut dalam tanaman mereka.
Dr. Mahamud berkata, fertigasi jika dilakukan dengan teliti dapat menjana pendapatan lumayan kepada petani.
"Sejak akhir-akhirnya kajian yang dijalankan mendapati halia sesuai ditanam secara fertigasi kerana boleh ditanam di tempat yang sama tanpa risiko dijangkiti dengan penyakit akar.
"Persekitaran dan suhu juga boleh dikawal dengan kaedah fertigasi," katanya yang menggunakan baja khusus bagi rizom.
Halia yang ditanam secara fertigasi hanya mengambil masa empat setengah bulan bagi menghasilkan sehingga 14 kilogram rizom dalam satu polibeg.

Monday, March 16, 2009

Update hari ke 60 (15-03-09)

Assalammualaikum....

15-03-09 maka genaplah usia pokok 60 hari. Banyak la jugak yg telah tewas di medan perang akibat virus sang serangga yg durjana. Kesemua yg didapati sakit telah di cabut n digantikan dengan pejuang simpanan. Itu la asam garam penanam cili atau lebih glamour cabai di sebelah utara. Walau pun yg sakit banyak namun semangat terus membara untuk meneruskan projek tanaman cili fertigasi kerana hamba yakin dengan teknologi fertigasi mampu untuk menjana pendapatan....insyaAllah.

Kini pokok2 yg sihat telah mula berputik buah pada node pertama n kedua. Tunas2 air jugak dah mula keluarkan putik bunga tapi belum ada yg sempat kembang....memang macam tu tunas kat bawah lambat sikit dari pangkal utama tu, tapi dia jugak mampu menyumbang hasil yg sama kualiti ngan batang utama.

Kerja menggali telaga jugak dijalankan setelah telaga lama yg ada ditanah yg disewa telah dijumpai. Harap2 telaga ni mampu menjadi penyumbang sumber air utama bagi kebun hamba supaya tak mengharapkan telaga yg digunakan sekarang yg berada ditanah sebelah yg lain tuan nya. Hamba tak nak ambek resiko kerana walau pun hari nie tuan tanah tu bagi green light suruh guna tapi masa kedepan kita tak tahu apa nak jadi....lebih baik kalau adakan telaga kat tanah yg dah ada surat perjanjian sewa.....sebenarnya telaga yg digunakan sekarang pun memang hamba yg keluarkan modal untuk gali...upah orang gali dah abeh RM200.

kat bawah ada gambar2 yg telah disnapkan pada 15-03-09...semoga tuan2 n puan2 sudi melayannya.....layannnnnnnn
ni la rupa telaga yg sedang dalam kerja2 mengorek.....
Node pertama yg dah menjadi putik buah...harap terus lekat n membesar...

keadaan pokok yg dok berbunga...



Thursday, March 12, 2009

update tapak kebun lama 12-03-09

Assalammualaikum...

Hari nie kerja meracun telah dilaksanakan pada sebelah pagi memandangkan sebelah petang kerap sangat hujan sehari dua ni. Kerja meracun dibuat dalam jam 9.00pg kat tapak lama n lepas tu disambung dengan kerja meracun kat tapak baru. Letih gak nak abehkan.

Dalam pemerhatian saya, ada perbezaan keadaan pokok kat tapak lama yg mendapat cahaya matahari agak lewat sebab terdapat halangan dari pokok sekeliling dan keadaan pokok kat tapak baru yg terus mendapat cahaya mentari setelah keluarnya sang mentari. Keadaan pokok kat tapak lama menjadi lebih tinggi dan besar bebanding kat tapak baru. Tapi apa2 pun perbezaan tu akan di perhatikan lagi sehingga pokok membesar sepenuhnya nanti. Nantikan perbezaan tu...


ni la rupa kebun lama yg dah mula berbunga... ni la rupanya putik bunga kat tunas yg dikatakan tunas air...
Pokok yang dah ditrim dengan tunas yg disimpan...

Wednesday, March 11, 2009

Update kebun 10-03-09 hari ke 55.

Assalammualaikum.

10-03-09 adalah hari ke 55 dikira dari tarikh biji benih ditanam. Kelihatan seperti musim yg lepas, pokok2 telah mula pecah cabang n kuntum bunga dah mula keluar, ada juga sesetengah pokok yg dah mula mengembangkan bunga,, Alhamdulillah semoga Allah SWT murahkan rezeki kepada hambaNya.

Gambar yg disnapkan pada 10-03-09..... Pokok umur 55 hari yg belum ditrim (buang daun n tunas yg tak perlu)
Tunas yg orang panggil tunas air yg dah nak keluarkan putik bunga....
Cabang atas n putik bunga.

Thursday, March 5, 2009

Update kebun 05-03-09

Assalammualaikum....

Hari nie saya telah membeli sebuah enjin pum air yg berkuasa 3 kuda untuk kegunaan fasa pertama kat tapak baru yg dirancang sebanyak 5k pokok. Harap2 enjin nie mampu untuk berkhidmat dengan baik. Kerja pemasangan paiping dah siap dilakukan dengan paip inlet 2inchi n outlet 1 inchi. Walau bagai manapun, enjin nie masih belum mampu dikerahkan tenaganya memandangkan tenaga elektrik yg terbatas. Saya hanya tarik elektrik dari rumah seorang cikgu yg berdekatan kebun menggunakan 3 core cable dari plug sahaja. Jadi tak boleh nak support untuk enjin 3 Hp ni. Perbincangan telah dibuat dengan tuan rumah n kerja pendawaian untuk point yg lebih besar akan dilakukan dalam masa terdekat. InsyaAllah sebulan dua lagi pondok saya akan dimasukkan bekalan elektrik terus dari TNB.





Wednesday, March 4, 2009

Pertanian adalah perniagaan....

Assalammualaikum.



Kali nie saja nak bagi tau kengkawan yg belum tau, saya telah meresignkan diri dari kilang Jabil Circuit pada January 2009 dan kini telah menjadi pak tani sepenuh masa. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmatNya dan membuka seluas2nya pinta rezeki, amin.
Pertanian adalah perniagaan, jadi segala2nya hendaklah mengikut kaedah perniagaan. Dalam perniagaan segala belanja untuk operasi adalah dikira sebagai kos, jadi pengusaha hendaklah memastikan kos atau belanja yg dikeluarkan adalah minimum seminimumnya bagi menjana keuntungan yg lebih. Sebenarnya saya pun tak ada pengalaman dalam bab perniagaan ni. Tapi bila difikirkan kaedah yg kilang2 gunakan, memang jelas derang mengawal kos dengan berbagai kaedah.

Memandangkan saya nie zero dalam perniagaan jadi awai2 lagi saya dah prepare untuk belajar bab2 perniagaan dengan mengikuti kursus2 yg berkaitan perniagaan anjuran MARA n juga KBS.
Apa juga yg kita nak lakukan kita perlu belajar n jangan segan atau malu untuk belajar sebab tanpa ilmu kita tak kan kemana. Kaum cina memang terkenal dengan perniagaan jadi tak salah rasanya kalau kita cuba mendekati mereka n korek sikit2 ilmu bab berniaga.

Apa2 pun semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita n memberikan perlindunganNya. Kepada kengkawan yg mungkin dah lama berniaga n bertani saya harap dapatlah hendaknya memberi tunjuk ajar kepada saya yg masih baru dalam bidang nie...sekian wassalam.

Monday, March 2, 2009

Update kebun lama...02-03-09

Assalammualaikum...

02-03-09 kebun lama yg menempatkan sebanyak 900 polibeg telah mencapai umur 50 hari. Kelihatan pokok2 yg sihat telah mula mengeluarkan putik bunga dan mula pecah cabang. Memandangkan minggu ni kekerapan hujan boleh dikatkan setiap hari, jadi kerja meracun dikerapkan kepada setiap hari iaitu sebelah pagi sebab hujaurun sebelah sering turun sebelah petang. Kerja meracun juga dilaksanakan ditapak baru setiap hari....jadi letih yg amat sangat memandang akulah tokey n aku jugalah kuli.....Tapak baru kerja meracun menggunakan power sprayer n kat tapak lama masih menggunakan pum racun tong sebab tak larat nak gulung hose cable.

Walau bagaimanapun, perancangan untuk membeli lagi 2 unit power sprayer yg berharga RN1300 bagi satu set memang dah ada untuk masa depan cuba menunggu modal ja...InsyaAllah kalau ada rezeki dalam bulan 5 nanti boleh beli kot....

Kat bawah adalah gambar2 yg telah disnapkan pada 02-03-09...layannnnn
Ni la rupa tunas yg dikatan tunas air, bagi saya tunas ni mampu mangeluarkan hasil jadi dikekalkan.....tapi tak semua cuma dipilih yg terbaik dalam tiga tunas sahaja....
Anak pokok mula pecah cabang n mengeluarkan putik bunga.....
Pokok yg dah mula berputik bunga n tunas2 yg disimpan....
Putik bunga yg bakal menghasilkan buah..kalau ada rezeki.
Keadaan kebun lama....