Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum.....
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri dan maaf zahir batin buat rakan2 yg mengenali dan juga rakan2 yg sudi menjengah blog ini.

Semoga hari raya disambut dengan penuh keceriaan dan semoga selamat sampai kedestinasi yg dituju.....Hati-hati dijalan raya.

Monday, August 15, 2011

stok baja Naga Lilit

Assalammualaikum.

Minggu ni saya telah mengoder stok baja untuk digunakan dikebun naga lilit. Stok raw baja dioder terus dari Fertitrade Prai dan dihantar terus oleh fertitrade ke kebun naga lilit. Dengan pembelian dalam kuantiti seperti ini, saya mendapat pengurangan sebanyak 10% dari harga asal dan jumlah tersebut mencecah RM500.

Sunday, August 14, 2011

Kebun Naga Lilit

Assalammualaikum,

Pada tanggal 02 Julai 2011 yg lalu anak pokok cili 568 sebanyak 14k pokok telah selamat dipindahkan kedalam polibeg. Kerja pemindahan bejalan selama 4 hari dengan 2 org pekerja.
Kini setelah sebulan lebih dalam polibeg pokok tersebut telah mula mengeluarkan bunga n dah ada yg berputik sebesar satu inchi. Tak kurang juga yg kecundang dengan serangan mmmakhluk perosak seperti Trip dan Apid....Kerja memusnahan pokok yg kecundang dijalankan selang 2 hari n digantikan dengan anak pokok baru.

Pokok dah mula berbunga n ada yg dah ada putik buah....

Keadaan anak2 pokok yg tengah ready untuk dihantar bejuang dimedan polibeg....


Saturday, August 13, 2011

Perkembangan kebun cili fertigasi atas bukit

Assalammualaikum....

Pertama nak ucapkan Selamat Berpuasa yakni Selamat Menyambut Ramadhan. Dah 13 Ramadhan.

Kerja pembersihan kebun yg dijalankan bulan May lalu telah tergendala akibat pekerja yg suka2 hati nak kerja suka2 tak nak kerja menyebabkan saya terpaksa mencari pekerja asing iaitu dari Myanmar 2 orang. Setakat hari ni prestasi kerja mereka amat memuaskan hati. Harap2 prestasi tu akan meningkat atau dapat dikekalkan.


Memandangkan mereka masih baru dalam kebun cili fertigasi jadi setiap kerja perlu di tunjuk dan syukur mereka mudah faham dan boleh buat seperti yg dikehendaki. Kini kerja membersihkan kebun dan menghancurkan sabut, mengisi sabut kedalam polibeg dan menyusun polibeg telah siap dalam 60%. Dirancang hujung bulan Ogos akan mula masuk anak pokok dan mungkin kali ni ada sedikit percubaan benih baru dalam 1000 pokok dari benih F1 477 keluaran AG Seed.
Sabut kelapa yg telah dileraikan dari dalam polibeg untuk diguna semula.

Kerja menyusun semula polibeg untuk tanaman seterusnya.


Saturday, May 28, 2011

Kerja pembersihan kebun


Assalammualaikum....

lama gak tak post dlm blog ni....
kali ni nak update tentang kerja pembersihan kebun setelah tamat pusingan tanaman.
Kerja pembersihan dimula dengan meracun rumput serta pokok cili yg telah expired.
Setelah rumput n pokok cili tu kering, kerja memotong pokok cili lama dan dikumpulkan untuk dibakar. Kemudian kerja meleraikan cocopeat lama dilakukan dengan bantuan mesin pengurai
yg juga boleh digunakan untuk meleraikan sabut kelapa mencadi cocopeat.

Kerja meleraikan cocopeat dilakukan supaya media dapat digunakan semula dan akar2 pokok cili lama juga dihancurkan dan kemudia media di isi semula kedalam polibeg dan disusun semula dibaris yg telah tersedia.... Biasanya masa diambil selama 2 bulan supaya kebun dapat dibersihkan sebaik mungkin supaya segala wabak penyakit dapat dihapuskan.....ikhtiar ja.....
video

Wednesday, February 16, 2011

Media dan Polibeg

Assalammualaikum.

Kali ni saya ingin menulis berkenaan penggunaan media dan polibeg. Saya ingin jelaskan disini bahawa apa yg saya tuliskan ini adalah sekadar pemahaman saya dan amalan saya bagi kebun yg saya usahakan. Tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa amalan saya adalah terbaik dan lain2 amalan tidak betul. Saya sekadar ingin berkongsi pandangan sahaja.

Media menjadi pilihan saya adalah 100% cocopeat (serbuk sabut kelapa) dan polibeg digunakan
adalah polibeg bersaiz 12X12 bewarna hitam sebab putih cepat sangat reput. Penggunaan cocopeat adalah sangat baik kerana ia mampu menyerap dan menyimpan air (laru
tan baja). Bagi saya kos penggunaan baja bagi media cocopeat 100% adalah lebih rendah berbanding penggunaan media seperti arang sekam padi.

Polibeg bersaiz 12X12 adalah kecil sedikit berbanding kebiasaan yg digunakan oleh petani fertigasi. Bagi saya, lebih besar polibeg yg digunakan hanya akan meningkatkan kos iaitu kos polibeg yg lebih tinggi, kos penggunaan media dan juga kos penggunaan air dan baja. Setelah hampir 6 musim melaksanakan tanaman cili saya amat berpuas hati dengan kaedah yg telah saya gunakan. Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan yg perlu diatasi.

Semoga dengan kesabaran dan usaha yg kita lakukan kita akan dianugerahkan kejayaan suatu hari nanti oleh Yg Maha Berkuasa. Amin

polibeg bantal

polibeg hitam 12x12

Saturday, February 12, 2011

perkembangan Projek Usahasama Tanaman Cili Fertigasi Nagalilit.

Assalammualaikum,

Hari ni bekalan cocopeat sampai sebanyak 1500 guni untuk dijadikan media tanaman.
Insyaallah minggu ni kerja mengisi media kedalam polibeg hitam bersaiz 12X12 akan dijalankan.
Semoga kerja bejalan seperti yg dirancang. Insyaallah.


Wednesday, February 9, 2011

Projek Tanaman Cili Fertigasi FNIAgro Ent.

Assalammualaikum.

Kepada rakan2 yg mengunjungi blog hamba yg tak seberapa ni.
Alhamdulillah, perkembangan tanaman cili kat kg sg kecil hilir amat memuaskan dengan pengeluaran cili merah sebanyak 80kg ke 60kg setiap hari dimana sekarang kami telah mengutip hasil dari dua Plot iaitu Plot A 3500 pokok dan B3500 pokok. Bagi Plot C insyaallah dalam penghujung bulan 2 atau awal bulan 3 akan mula mengeluarkan hasil.

Pum air Diesel sumbangan Jab Pertanian untuk atasi masalah air.
Antara hasil yg dikutip.

Tuesday, January 11, 2011

Projek Tanaman Cili Fertigasi FNIAgro Ent.

Assalammualaikum.

Hari ni tanaman cili kat kg sungai kecil hilir atau juga dikenali kg 300 kaki mula mengeluarkan hasil tapi masih sedikit. Cuaca yg kerap mendung dan hujan mungkin menyebabkan buah cili lambat menjadi merah. Keseluruhan 10k pokok yg ditanam dalam tiga plot menampakkan kecerian bila kesemua pokok dah membesar. Bukit yg dulunya hanya nampak tanah merah kini menjadi hijau dek daun-daun pokok cili. Time ni memang seronok tengok.

Penjagaan dilakukan oleh dua orang pekerja tempatan. Setakat hari ni perkembangan pokok adalah sangat memuaskan dan kami berdoa agar harga akan stabil dan jangan jatuh bawah RM4 sekilo.


Sunday, January 9, 2011

update projek tanaman cili naga lilit.

Assalammualaikum....

Selamat athun baru 2011 yg dah berlalu 9 hari.... Kerja pembinaan rumah pekerja dan keperluan seperti tandas telah siap dilaksanakan. Kini kerja membuat tubeweld atau telaga tiub atau jugak dipanggil borring sedang giat dijalankan. Kerja membuat telaga tiub sedikit sukar kerana tanah dikawasan ini dipenuhi dengan batu kawi. Setakat ini kami telah cuba menebuk sebanyak 7 lubang kerana setiap lubang yg dibuat disekat dengan batu yg tak dapat dipecahkan.

Kemarin iaitu hari Sabtu, kami telah berjaya menebuk sedalam 40 kaki dan akan bersambung
besok Isnin kerana hari ni kami terpaksa memperbaiki mata besi borring yg rosak akibat
menghentam batu dalam tanah. InsyaAllah besok kerja borring ni akan disiapkan.

Thursday, December 23, 2010

melawat taman strawberry genting

Assalammualaikum,

Hari Rabu 22-12-10 saya dan keluarga berkesempat bercuti sempena cuti sekolah yg dah tinggal kurang 2minggu lagi. Anak2 dah mula tuntut janji jadi dikesempatan yg ada sebab hari Selasa 21-12-10 ada temujanji di HKL jadi abeh ja urusan di HKL terus ke genting dan menginap satu malam kat Hotel Seri Malaysia kat Gohtong Jaya.

Taman strawbbery ni terletak berhampiran ja ngan hotel jadi amat mudah nak melawa
t sambil memetik buah strawberry. Menurut cerita pekerja ladang
tu, tauke ladang strawbbery ni adalah tauke yg sama kat cameron highland dan dia dah setahun kerja jaga pokok strawberry kat CH dan kini jaga kat genting pulak. Seronok juga tengok anak2 kutip buah strawberry. 100gram RM6.

Selain strawberry kami juga melawat kebun sayur hydroponik dan lepas tu bawa anak2 bermain kat taman tema genting tapi main indoor game ja......

Snow World Genting
Semaian salad
Nampak cam sawi
Nurfarzana dan Nurizzati dalam kebun hydroponik salad
Nurizzati seronok memetik buah strawbbery tapi tak suka makan......

Monday, December 20, 2010

Projek Tanaman Cili Fertigasi FNIAgro Ent.

Assalammulaikum....

Keseluruhan 10k pokok telah ditanam berperingkat....peringkat pertama dah mula berbuah dan peringkat kedua dah mula berbunga dan satu peringkat lagi akan berbunga dalam seminggu dua lagi.....insyaallah dalam awal bulan 1 nanti akan mula kutip hasil dan dijangka hasil akan
berterusan.

update projek tanaman cili naga lilit.

Assalammualaikum...

Kerja pembinaan rumah pekerja dan juga stor bagi menyimpan peralatan kebun sedang dijalankan.
Pondok bersaiz 20' X 20' telah dibina dan masih dalam proses untuk disiapkan. Kini bumbung zink telah siap dipasang oleh tukang no 6 iaitu amba sendiri......kalau boleh semua benda nak
cuba buat sendiri tapi memandangkan tangan hanya ada 2 jadi buat takat mana terdaya saja
.

Masalah pekerja tempatan amat memeningkan kepala....kerja satu dua hari nak cuti.....senang2 amba kasi cuti terus selama-lamanya..... langsung tadak kesungguhan....nak buat cam na
mungkin ni lah semangat ketuanan melayu.....semua nak jadi tuan walau sebenarnya apa pun tadak......sampai bila nak berubah pun tak tau... Bagi mengatasi masalah ni, amba telah booking 3 orang pekerja myanmar...senang sebulan derang cuti sehari ja tu pun sebab nak gi masuk duit hantar balik kampung....harap2 masalah pekerja dapat diatasi sebab banyak lagi masalah lain yg nak di pikirkan.

Hujan, hujan oooo hujan....boleh dikatakan setiap hari hujan turun mencurah2....rahm
at bagi
alam.... cuma nya kerja sedikit tertangguh. Kerja tolak tanah untuk diratakan masih belum dapat dilaksanakan....kena tunggu panas dua ke tiga hari baru boleh buat.....

Monday, December 13, 2010

update projek tanaman cili naga lilit.

Assalammualaikum.

Kerja set up kebun di naga lilit agak perlahan kerana keadaan cuaca yg tidak berapa baik kerana hujan turun boleh dikatakan setiap hari, kalau tak turun pagi dia turun petang dan ini sedikit membantutkan kerja yg dirancang.

Tapak orkid lama telah di ratakan menggunakan traktor dan tapak nenas telah di mesin semak
samunnya menggunakan traktor jugak. Kini tapak tanaman nenas menunggu masa yg sesuai untuk diratakan menggunkanan traktor. Kalau hujan tak turun sehari barulah traktor akan
datang menjalankan tugasnya....

Kerja mendirikan pondok bagi pekerja dan juga stor simpanan alatan dan baja akan mula didirikan dalam minggu ni. Barang keperluan bagi mendirikan pondok telah dibeli dan tukang akan datang untuk menyiapkannya, mengikut rancangan pondok akan didirikan dalam keluasan 20kaki X 20kaki dimana 10kaki X 12 kaki untuk rumah pekerja, 10kaki X 8kaki untuk simpan alatan dan yg lebih tu sebagai tempat tangki baja.

Tapak tanaman nenas yang dah semak dan samun.....

Tapak tanaman orkid yg dah diratakan....

Bersambung......