Monday, March 2, 2009

Update kebun lama...02-03-09

Assalammualaikum...

02-03-09 kebun lama yg menempatkan sebanyak 900 polibeg telah mencapai umur 50 hari. Kelihatan pokok2 yg sihat telah mula mengeluarkan putik bunga dan mula pecah cabang. Memandangkan minggu ni kekerapan hujan boleh dikatkan setiap hari, jadi kerja meracun dikerapkan kepada setiap hari iaitu sebelah pagi sebab hujaurun sebelah sering turun sebelah petang. Kerja meracun juga dilaksanakan ditapak baru setiap hari....jadi letih yg amat sangat memandang akulah tokey n aku jugalah kuli.....Tapak baru kerja meracun menggunakan power sprayer n kat tapak lama masih menggunakan pum racun tong sebab tak larat nak gulung hose cable.

Walau bagaimanapun, perancangan untuk membeli lagi 2 unit power sprayer yg berharga RN1300 bagi satu set memang dah ada untuk masa depan cuba menunggu modal ja...InsyaAllah kalau ada rezeki dalam bulan 5 nanti boleh beli kot....

Kat bawah adalah gambar2 yg telah disnapkan pada 02-03-09...layannnnn
Ni la rupa tunas yg dikatan tunas air, bagi saya tunas ni mampu mangeluarkan hasil jadi dikekalkan.....tapi tak semua cuma dipilih yg terbaik dalam tiga tunas sahaja....
Anak pokok mula pecah cabang n mengeluarkan putik bunga.....
Pokok yg dah mula berputik bunga n tunas2 yg disimpan....
Putik bunga yg bakal menghasilkan buah..kalau ada rezeki.
Keadaan kebun lama....