Thursday, July 24, 2008

Set Up fasa 2...600 ke 700 polybeg bantal....

Assalammualaikum..........
Kerja kat fasa 1 [900 polybeg] tidaklah serumit masa nak set up dulu...kini hanya perlu untuk kerja meracun yg dijalankan selang 2 hari n mecantas daun yg mungkin hanya dilakukan seminggu sekali. Walau bagai mana pun, pepokok nie kena jugak dibelai sebab dia pun makhluk yg hidup kalau tak nanti dia merajuk pulak n tak mau membesar n keluarkan hasil yg baik.
Betoi ka? Tapi tok guru fertigasi aku dulu cakap cam tu gak.....Betoi la kot.
Kini masa akan diperuntukkan untuk kerja set up fasa ke2. Tapak masih menunggu jentolak untuk meratakan tanah merah yg ada. Kerja mengisi cocopeat kedalam polybeg dilakukan setiap pagi hingga pukoi 12 tengah hari atau 2 petang, sebab keja malam. Target 700 polibeg. Sepagi dapatla dalam 60 ke 70 polybeg siap distepler n tebuk lubang air kiri n kanan....
Guna polybeg bantal nie banyak kerja sikit sebab nak kena stepler n lubang air nak kena tebuk sendiri n jugak lubang nak masukkan anak pokok nak kena buat. Tapi mengikut teori dari MARDI polybeg bantal adalah lebih baik sebab saiz yg tidak terlalu besar supaya larutan baja dapat di serap sepenuhnya oleh akar pokok kerana akar pokok tidak pergi jauh. Tapi itu dari segi teorinya, dari segi praktikal kena tunggu sehingga pokok membesar n menghasilkan buah.

Tapak projek fasa 2...bersebelahan ja ngan fasa 1.


Tapak fasa 2 n nampak fasa 1....


Pot mengisi cocopeat dalam polybeg.....

Anak Pokok setelah 38 ari hidup dimuka bumi....

Assalammualaikum....


Setelah berlalunya 38 hari pokok cili568 hidup dimuka bumi n setelah 2 minggu ianya dipindahkan kedalam polybeg bantal maka beginilah keadaannya.....
Alhamdulillah.....syukur pada Allah.. Pokok kembali pulih setelah mengalami kalayuan pada peringkat awal [lepas pindah] ari tu. Naik balik semangat hamba.

Anak pokok kembali ceria ngan dedaun yg hijau.....

Anak pokok tengah dok proses makanan [fotosintesis] betoi kot.....

Anak pokok yg kelihatan sihat selepas dedaun yg layu dulu di cantas......

Pokok tengah makan untuk membesar.....


Yang nie pun sama gak...tengah makan.

Keadaan dalam barisan.....tapi bukan barisan yg satu tu....

Keadaan dalam perbarisan...dedaun masih kurang nampak...Muda lagi.