Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum.....
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri dan maaf zahir batin buat rakan2 yg mengenali dan juga rakan2 yg sudi menjengah blog ini.

Semoga hari raya disambut dengan penuh keceriaan dan semoga selamat sampai kedestinasi yg dituju.....Hati-hati dijalan raya.

Saturday, August 13, 2011

Perkembangan kebun cili fertigasi atas bukit

Assalammualaikum....

Pertama nak ucapkan Selamat Berpuasa yakni Selamat Menyambut Ramadhan. Dah 13 Ramadhan.

Kerja pembersihan kebun yg dijalankan bulan May lalu telah tergendala akibat pekerja yg suka2 hati nak kerja suka2 tak nak kerja menyebabkan saya terpaksa mencari pekerja asing iaitu dari Myanmar 2 orang. Setakat hari ni prestasi kerja mereka amat memuaskan hati. Harap2 prestasi tu akan meningkat atau dapat dikekalkan.


Memandangkan mereka masih baru dalam kebun cili fertigasi jadi setiap kerja perlu di tunjuk dan syukur mereka mudah faham dan boleh buat seperti yg dikehendaki. Kini kerja membersihkan kebun dan menghancurkan sabut, mengisi sabut kedalam polibeg dan menyusun polibeg telah siap dalam 60%. Dirancang hujung bulan Ogos akan mula masuk anak pokok dan mungkin kali ni ada sedikit percubaan benih baru dalam 1000 pokok dari benih F1 477 keluaran AG Seed.
Sabut kelapa yg telah dileraikan dari dalam polibeg untuk diguna semula.

Kerja menyusun semula polibeg untuk tanaman seterusnya.


Saturday, May 28, 2011

Kerja pembersihan kebun


Assalammualaikum....

lama gak tak post dlm blog ni....
kali ni nak update tentang kerja pembersihan kebun setelah tamat pusingan tanaman.
Kerja pembersihan dimula dengan meracun rumput serta pokok cili yg telah expired.
Setelah rumput n pokok cili tu kering, kerja memotong pokok cili lama dan dikumpulkan untuk dibakar. Kemudian kerja meleraikan cocopeat lama dilakukan dengan bantuan mesin pengurai
yg juga boleh digunakan untuk meleraikan sabut kelapa mencadi cocopeat.

Kerja meleraikan cocopeat dilakukan supaya media dapat digunakan semula dan akar2 pokok cili lama juga dihancurkan dan kemudia media di isi semula kedalam polibeg dan disusun semula dibaris yg telah tersedia.... Biasanya masa diambil selama 2 bulan supaya kebun dapat dibersihkan sebaik mungkin supaya segala wabak penyakit dapat dihapuskan.....ikhtiar ja.....
video

Wednesday, February 16, 2011

Media dan Polibeg

Assalammualaikum.

Kali ni saya ingin menulis berkenaan penggunaan media dan polibeg. Saya ingin jelaskan disini bahawa apa yg saya tuliskan ini adalah sekadar pemahaman saya dan amalan saya bagi kebun yg saya usahakan. Tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa amalan saya adalah terbaik dan lain2 amalan tidak betul. Saya sekadar ingin berkongsi pandangan sahaja.

Media menjadi pilihan saya adalah 100% cocopeat (serbuk sabut kelapa) dan polibeg digunakan
adalah polibeg bersaiz 12X12 bewarna hitam sebab putih cepat sangat reput. Penggunaan cocopeat adalah sangat baik kerana ia mampu menyerap dan menyimpan air (laru
tan baja). Bagi saya kos penggunaan baja bagi media cocopeat 100% adalah lebih rendah berbanding penggunaan media seperti arang sekam padi.

Polibeg bersaiz 12X12 adalah kecil sedikit berbanding kebiasaan yg digunakan oleh petani fertigasi. Bagi saya, lebih besar polibeg yg digunakan hanya akan meningkatkan kos iaitu kos polibeg yg lebih tinggi, kos penggunaan media dan juga kos penggunaan air dan baja. Setelah hampir 6 musim melaksanakan tanaman cili saya amat berpuas hati dengan kaedah yg telah saya gunakan. Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan yg perlu diatasi.

Semoga dengan kesabaran dan usaha yg kita lakukan kita akan dianugerahkan kejayaan suatu hari nanti oleh Yg Maha Berkuasa. Amin

polibeg bantal

polibeg hitam 12x12

Wednesday, February 9, 2011

Projek Tanaman Cili Fertigasi FNIAgro Ent.

Assalammualaikum.

Kepada rakan2 yg mengunjungi blog hamba yg tak seberapa ni.
Alhamdulillah, perkembangan tanaman cili kat kg sg kecil hilir amat memuaskan dengan pengeluaran cili merah sebanyak 80kg ke 60kg setiap hari dimana sekarang kami telah mengutip hasil dari dua Plot iaitu Plot A 3500 pokok dan B3500 pokok. Bagi Plot C insyaallah dalam penghujung bulan 2 atau awal bulan 3 akan mula mengeluarkan hasil.

Pum air Diesel sumbangan Jab Pertanian untuk atasi masalah air.
Antara hasil yg dikutip.

Tuesday, January 11, 2011

Projek Tanaman Cili Fertigasi FNIAgro Ent.

Assalammualaikum.

Hari ni tanaman cili kat kg sungai kecil hilir atau juga dikenali kg 300 kaki mula mengeluarkan hasil tapi masih sedikit. Cuaca yg kerap mendung dan hujan mungkin menyebabkan buah cili lambat menjadi merah. Keseluruhan 10k pokok yg ditanam dalam tiga plot menampakkan kecerian bila kesemua pokok dah membesar. Bukit yg dulunya hanya nampak tanah merah kini menjadi hijau dek daun-daun pokok cili. Time ni memang seronok tengok.

Penjagaan dilakukan oleh dua orang pekerja tempatan. Setakat hari ni perkembangan pokok adalah sangat memuaskan dan kami berdoa agar harga akan stabil dan jangan jatuh bawah RM4 sekilo.