Assalammualaikum...
Hari Ahad 13-07-08 kerja membancuh baja set A dan B telah dilaksanakan. Kesemua unsur baja yg diberi oleh MARDI telah siap ditimbang n cuma tunggu untuk dilarutkan dalam tong yg berisi air 100 liter sahaja. Untuk membuat bancuhan A n B kita memerlukan dua tong yg mampu memuatkan 100 liter air atau lebih. Jadi kita kena la sediakan 2 tong. Baca yg dicampur dalam tong tersebuat akan digunakan bagi membuat bancuhan dalam tangki baja yg bakal dipam ke pokok setiap ari. Penyedian dua tong untuk set A n B telah dibuat dengan membeli tong drum biru dari seorang India kat Nibong Tebal. Harga satu tong tersebut adalah RM30, jadi untuk 2 tong RM 60 terpaksa diterbangkan.....
Bancuhan baja dibuat dengan memasukkan air sebanyak 100 liter kedalam tong biru kemudian masukkan satu persatu unsur baja n kacau air tersebut supaya unsur tersebut dilarutkan sepenuhnya dalam air. Seperti yg diajarkan semasa kursus n turut di ajar oleh pegawai MARDI En Ramli, unsur baja hendaklah dimasukkan satu persatu dengan membuat kecauan supaya setiap unsur tersebut dilarutkan dahulu sebelum unsur seterusnya dimasukkan. Untuk set A terdapat dua unsur iaitu......nanti saya updatekan..lupalak.