Assalammualaikum...
Ari ni nak cita berkenaan bekalan baja yg telah dipersetujui oleh pegawai dari Mardi.
Setelah memberi penerangan berkenaan projek ni, pegawai Mardi telah bersetuju untuk membekalkan baja. Bebanyak terima kasih pada pegawai Mardi tersebut.
Sebenarnya sebelum nie saya juga terima bantuan cocopeat n polibeg dari pihak Mardi.
Projek ni akan dilaksanakan dibawah pemantauan pihak Mardi dan saya akan menuruti segala
advice yg Mardi kasi.....kira cam usahasama ngan Mardi.
Kerja kat tapak projek hampir siap 100% cuma tinggal sedikit lagi polibeg yg belum ditebuk
lubang untuk air lebih keluar....kerja yg amat manyakitkan pinggang.
InsyaAllah siang nanti 09-07-08 kerja2 tu akan saya siapkan, tu pun kalau tak ngantuk almaklum la keja malam.
Cocopeat telah 2 ari di sirami ngan air untuk pembersihan. InsyaAllah anak pokok akan ditransplan pada ari Jumaat 11-07-08. Kalau tak sempat abeh kerja tu akan bersambung pada ari sabu n ahad...cuti leh la pulun seharian kat kebun.
Ni la rupa pondok pam yg telah berjaya disiapkan dengan kayu n bumbung 2nd hand n cemey [free]
Ni lak rupa anak pokok yg dibelai tiap ari sampai mem kat umah mula dok konplen...umur 20 qri dah......
Memandangkan sesi pembajaan bakal dilaksanakan, EC meter telah diorder dengan SabakAgro...oder yg murah ja RM150 + 6 kos penghantaran. Harap2 barang akan sampai selewat2nya pon ari Isnin 14-07-08. Tong bancuhan stok A n B pun tak beli lagi...duit lagi.
Memandangkan sesi pembajaan bakal dilaksanakan, EC meter telah diorder dengan SabakAgro...oder yg murah ja RM150 + 6 kos penghantaran. Harap2 barang akan sampai selewat2nya pon ari Isnin 14-07-08. Tong bancuhan stok A n B pun tak beli lagi...duit lagi.
Kat bawah tu adalah gambar anak pokok kacang bendi yg dah 4 ari diTransplan kan... saja test bendi sikit untuk belajar, kalau ada hasil leh jugak buat makan.... Semaian kacang buncis masih belum ada apa perkembangan, entah ok entah idak pun tak tau la.
Anak pokok kacang bendi yg telah di Transplankan...sesi testing 50 pokok.