Wednesday, February 25, 2009

Serangga perosak....disedut dari forum Bicara Jutawan...

Assalammualaikum...
Kali nie saya nak kongsikan dengan kengkawan sedikit maklumat berkenaan dengan serangga perosak yang sering mengganggu atau merosakkan tanaman cili. Sumber disedut dari forum BJ.
Dari Abg Mat.
A. THRIPs;serangga bersaiz kecil 1/20 - 1/10 inci panjang terbang dan melompat. terdapat 2 jenis utama thrips, bertelur 25-70 biji sesuatu masa danmembiak dengan cepat. lavae memakan daun muda, pucuk dan berlindung antara urat bawah daun. bunga juga menjadi tempat pelindung dan menjadikan bunga tak aktif atau gugur. Daun menjadi kerinting dan kerepot berbintik putih atau hijau muda. serangan memjadikan pokok muda terbantut pertumbuhan dan pembesaran. Merupakan vektor utama penyakit virus pokok, tomato spotted wilt virus (TMV) atau CMV. Rumpai merupakan perumahan yang ideal untuk thrips. kawalan rumpai amat di galakan.Pengawalan thrips boleh dilakukan secara biologi atau pesticide. sesetengah thrips akan kebal dengan satu jenis pesticide yang sama. adalah di sarankan agar penggunaan pesticide di selangseli untuk 2-3 jenis yang lain.Perawatan: boleh guna Imidacloprid atau Admire atau Provado ( bahan aktif sama )pesticide lainya bolek guna avamectin atau malathion, Carbofuran dan Pyrethrins
Dari juga Abg Mat,
2. APHIDS:Aphids juga dikenali sebagai kutu pokok, besaiz 1/10 in atau lebih kecil, berwarna hijau, perang, hitam dan juga kuning. kehadiran dapat dipantau menggunakan perekat kadbod kuning dan ini memberi indikasi pokok akan menghadapai masaalah. perumahan aphids di bawah daun dan pucuk muda serta petal bunga, terutama pada tomato, timun, dan juga cili.aphid akan menghisap sap daun , dan aktiviti fotosintesis terganggu manjadikan pokok terbantut kesuburan, aphid juga menyuntik enzime pada daun , menjadi kerinting dan kerepot serta menebal pada marginal daun, daun menggulung kebawah.kalau terkena thrips daun menggulung keatas ( perbedaan antara penyakit sebab thrip dan aphids ) Meluahkan kumbuhan dalam bentuk gula menyebabkan terjadi honeydew, honeydew ini merupakan media untuk pertumbuhan fungus hitam atau sooty mould atau spotted chlorosis, kualiti pokok dan buah menurun. Aphid juga menjadi vector penyebaran penyakit viral dieseas dengan cepat, kalau serious akan mengakibat bantut dan kematian.Pembiakan aphids amat cepat, setiap aphid dewasa melahirkan nymphs bukan telur sebanyak 6-10 ekor perhari dan terus menghisap daun selama 5 hari dan menjadi dewasa dan membiak. Jangka hayat 30-45 hari.Pengawalan aphids:Pengawalan secara biologikal oleh ladybird, kumbang, penyengat dan lain2 serangga preditor.Pengawalan agak sukar menggunakan insecticide terutama aphid hijau, racun kontak atau sentuhan boleh digunakan, tumpuan spray dibawah daun membantu.Insecticide sitemic ini boleh digunakan: Disulfoton, Decis (Bayer ), Imidacloprid, Dimethoate, dan juga malathion.
Dari Tok Guru Abg Mat.
3. WHITE FLIES atau LALAT PUTIHSerangga bersaiz kecil 1/32 in berwarna kekuningan, warna putih tu merupakan debu2 pada badannya. Perumahan selalu bawah daun bahagian atas pokok. Pembiakan cepat dengan 10-14 telur sehari dibawah daun dan membentuk bulatan kuning keputihan, menetas dalam masa 3-5 hari membentuk nymph dan terus menghisap sap daun. jangkahayat dari nymph sampai kojol 30 hari. tempat hisapan akan membentu chlorotic kekuningan dan mengganggu fotosintesis dan tumbesaran terbantut. Perkumbahan honeydew akan menjadi fungus dikenali sebagai tomato chlorosis virus dan juga tomato yellow curl virus, kalau virus ni terkena pada buah, masak tak seragam pada sebiji buah tu.Pengawalan dengan menggunakan perekat kadbod kuning membantu sedikit sebanyak. Perhatian pada anak pokok sebelum transplant, kemungkinan ada telur atau nymphs pada anak semaian. Semburan sentuh agak berkesan walau pun susah kalau kanopi pokok tebal terutama pada bawah daun, badan flies di selaputi bahan berlilin dan menyusahkan semburan sentuhan. Telur dan pupa tak memberi kesan pada semburan, tapi jika guna air sabun serta cili agak berkesan dan telur mengering. cepat kebal pada semburan sejenis racun, selang seli di amalkan dalam masa 4-5 hari sekali.pengawalan secara biologi di kawal oleh serangga pemangsa atau kumbang.secara sistemic boleh gunakan: Imidachloprid, Decis, Malathion, avamectin, dan juga Dimethoate, di selangseli 2/3 jenis racun.
Dari Abg Mat.
4. SPIDER MITES atau LABA2 MERAH atau HAMAMABersaiz amat kecil, dewasa 1/50 in panjang berwarna hijau pucat dan berbintik hitam. Perumahan selalu bawah daun celah2 urat, memakan daun dan pucuk muda. membiak dan membesar dari telur dalam 5-7 hari. setiap dewasa bertelur 6-8 biji sehari dan anak mula memakan daun celah urat. Keadaan daun menjadi berkerinting kebawah, menebal dan rapuh berwarna kuning berdebu dan mengganggu proses fotosintesis, proses membuat makanan terhenti, daun mengering walaupun air dan nutrient mencukupi. Keadaan ini lambat disedari sebab kehadiran susah di kesan dengan mata kita-amat kecil sekali. Pengawalan yang tidak efisen akan menjatuhkan mutu dan produksi pokok.Pengawalan bermula dari anak benih lagi sebelum transplant, kebersihan kawasan , media dan alatan digunakan amat penting. penggunaan sprinkler berkesan mengurangkan mites, tapi mengundang penyakit viral lain sebab kelembapan. Populasi meningkat pada suhu tinggi dan cuaca kering. Pengunaan insecticide dan juga miticide setiap 5 hari boleh membantu sebab telur tak boleh di hapuskan dengan spray, hanya yang dewasa saja, sebab life cycle dia 5 hari saja. Tumpukan semburan di bawah daun dan pucuk serta bunga.Insecticide berikut boleh digunakan berselangseli 4-5 hari sekali: Mesurol 50WP (Bayer); Imidacloprid; Thiodan 50WP; Malathion; Dimethoate; dan juga Avamectin.
Dari Abg Mat.
6. LAIN2 SERANGGATerdapat bermacam macam serangga prosak yang menyerang pokok tanaman; antaranya serangga pemakan daun, ulat buah, lalat buah, belalang, semut, kumbang, bena perang, dan lain2nya.kawalan dengan regular spray membantu menghindar atau mengurangkan. gunakan insecticide yang sesuai untuk serangga berkaitan.PENYAKIT POKOK BERKAITAN FUNGUS, BACTERIA, DAN BERKAITAN NEMATODESBermacam2 jenis penyakit pembawaan serangga, nematodes, dan KITA SENDIRI.Dalam perbincangan kali ini kita tumpukan pada yang agak critikal dan sering di alami oleh pekebun kita: Kita mulakan dengan penyakit viral diseases yang berkaitan dalam tanah dahulu:1. SEEDLING DISEASE atau DUMPING OFF atau LECUR BATANG ANAK POKOK.Ada beberapa jenis fungus dalam tanah/media menjadi penyebab; antaranya rhizoctania solani, phytophthora capsici, phythium spp dan juga fusarian spp. mula terbentuk fungus dalam keadaan kelembapan media yang tinggi dan cuaca panas. Menanam terus bijij benih mudah terkena penyakit ini berpanding menggunakan anak dari semaian. Akar yang dijankiti fungus akan mereput, layu dan mati. Lecur berair terjadi pada pokok terutama pokok muda pada paras tanah/media. Biasanya biji benih yang tak tumbuh disebabkan fungus dalam tanah atau pun benih tercemar. Jangkitan juga berlaku di tapak semaian lagi.Pengawalan semasa tranplant amat perlu, boleh gunakan fungucide Provicur N atau setara dengan bancuhan 150-200ml untuk siraman sertamerta setelah transplant. penggunaan secara regular setiap 4-5 minggu menghindar fungus tanah. sebaiknya biji benih dirawat sebelum semai, guna fungucide yang sesuai.Boleh guna fungucide berikut mengikut instruction pada label: Dichloropropene; Mefenoxam, Metalaxyl, Ridomil copper 70W, Telone II, Copper oxychloride dan juga Antracol atau Terraclor 75WP.
Dari Abg Mat.
2. PENYAKIT VERTICILLIUM WILT/FUSARIAN ATAU LAYU BACTERIAL.Penyakit bermula apabila fungus tanah memasuki akar pokok dan menghalang air dan nutrient memasuki xylem pada batang untuk proses membuat makanan, layu yang serious terjadi waktu siang walaupun pokok akan segar pada malam dan awal pagi. simpton awal dilihat pada layu dan daun kekuningan pada bahagian bawah pokok serta mengecil, kekuningan bertambah, gugur dan pokok mati. kalau sudah terkena amat susah dirawatpulihkan.Pengawalan sebelum terjadi menggunakan nematicide spt Dichlopropene, Telone II, atau Nemacur.3. RHIZOCTONIA ROOT ROTFungus yang terdapat dalam tanah adalah penyebab penyakit ini, kelembapan tinggi mengundang fungus dan menyerang akar terutama pada anak semaian atau peringkat awal pertumbuhan dan terjadi juga pada pokok matang. Layu yang serious terjadi dan berakhir kematian. Fungus menular pada batang berhampiran tanah/media dan naik keatas bahagian pokok. Lecur perang kemerahan terjadi pada batang dan juga akar tunjang mula mereput, akar baru mungkin tumbuh pada bahagian atas dari yang mereput , tapi tumbesaran terbantut, produksi berkurang. Amat serius jika tanaman terutama cili berulang tanam pada tempat yang sama atau mengguna untreated media yang sama.Pengawalan dan perawatan boleh menggunakan nematicide/fungucide: Dichlopropene, Nemacur, Ridmil 2E, Ridmil copper 70W, atau Telone II. Racun di campur pada media atau siraman bergantung pada jenis. Ulang setiap 4-5 minggu.
4. ROOT KNOT NEMATODEBerpunca dari cacing microscopicyang terdapat dalam tanah/media, memakan akar pokok apabila dalam kelembapan yang tinggi. Tanah atau media tercemar oleh cacing berpunca dari telur2 seni yang di pindahkan oleh jentera bajak, alatan pertanian, yang penggunaan berubah tempat, dari tapak semaian/anak benih, binatang -tikus, cengkerik dan lain2, dari punca air siraman yang tidak bersih. Jika dah terkena agak susah nak menghapusnya, cacing akan meluahkan toxic enzime menjadikan akar berbuntil2, dan simpulan, dan ini menghindar serapan nutrient dan air, kadar produksi pokok menurun sekitar 20% sebelum kita ketahui punca sebenar, kalau serius, pokok bantut melampau, daun menguning dan chlorosis ( berkarat hangus ) danpokok layu dengan cepat.Pengawalan dan perawatan menggunakan Telone II atau Dichlopropene di adun 7-10 hari dalam media sebelum transplant, biarkan 10 hari kalu media agak lembab. Nemacur juga boleh digunakan dengan cara menabur keliling sekitar 1 ka dari pokok