Saturday, September 19, 2009

Salam Aidulfitri

Assalammualaikum...
Besok 20 Sep 2009 hari Ahad bersamaan 1 syawal 1430 adalah hari raya aidulfitri.
Saya ambek kesempatan ni mengucapkan Slamat Hari Raya Aidulfitri kepada semua kengkawan yg sudi menjengah blog saya yg tak seberapa ni....
Semoga salah dan silap kita sama2 bermaafan d hari yang mulia ini. Kerja kebun akan berehat sehari dua bagi meraikan aidulfitri. Walau bagaimanapun, tetap kena jengah jugak kebun tu walau sekejap, kalau tak tak senang duduk dibuatnya....bukan senang nak tinggal anak2 yg beribu kat kebun tu....kesian derang.
setakat hari ni...pokok2 cili dah mula berbuah n ada gak yg baru dok berbunga sebab tak sama umur. Lepas raya aktiviti memasukkan anak pokok bakal dijalankan mungkin dalam 3k pokok lagi...
akhir kata saya nak ucapkan lagi skali Selamat Hari Raya Aidulfitri n Maaf Zahir n Batin dari saya Sham n family....Berhati2 ketika memandu d jalan raya....Ingat orang yg tersayang...
Wassalam

Friday, September 4, 2009

Projek proses sabut kelapa

Assalammualaikum.
Tanggal 03-09-2009 yg lalu, pihak syarikat FNI Agro telah membeli sebuah mesin bagi menghancurkan sabut kelapa. Walau pun sibuk dengan kerja2 kebun, tapi dalam usaha mengembangkan operasi syarikat bagi mempelbagaikan sumber pendapatan. Proses memproses sabut kelapa bakal dijalan dalam sedikit masa lagi. Kini pihak syarikat sedang dalam proses mencuba keupayaan mesin bagi mengetahui kadar out put untuk sesuatu tempoh masa.
Selain untuk kegunaan sendiri, sabut kelapa tersebut juga akan dijual kepada pengusaha tanaman fertigasi bagi 100% sabut atau 50% sabut dan 50% sekam yg siap digaulkan menggunakan mesin.
Semoga usaha ini dipermudahkan dan mampu menjana sedikit pendapatan, insyaAllah.
Wassalam