Assalammualaikum.
Tanggal 03-09-2009 yg lalu, pihak syarikat FNI Agro telah membeli sebuah mesin bagi menghancurkan sabut kelapa. Walau pun sibuk dengan kerja2 kebun, tapi dalam usaha mengembangkan operasi syarikat bagi mempelbagaikan sumber pendapatan. Proses memproses sabut kelapa bakal dijalan dalam sedikit masa lagi. Kini pihak syarikat sedang dalam proses mencuba keupayaan mesin bagi mengetahui kadar out put untuk sesuatu tempoh masa.
Selain untuk kegunaan sendiri, sabut kelapa tersebut juga akan dijual kepada pengusaha tanaman fertigasi bagi 100% sabut atau 50% sabut dan 50% sekam yg siap digaulkan menggunakan mesin.
Semoga usaha ini dipermudahkan dan mampu menjana sedikit pendapatan, insyaAllah.
Wassalam