Sunday, July 4, 2010

Projek Set-Up sistem fertigasi di Kg Tasek Simpang 4.

Assalammualaikum.

Pada bulan April 2010 pihak fniagro telah menerima tempahan untuk menyediakan sistem
lengkap untuk tanaman cili fertigasi bertempat di Kg Tasek Simpang 4. Kerja-kerja set-up telah disempurnakan mengikut jadual dan anak pokok adalah dari varieti F1 568. dan sedikit anak pokok dari varieti F1 151 sebagai percubaan dan bandingan.

Setelah kerja set up sistem pertama siap, pihak pelanggan telah meminta kami fniagro untuk menyiapkan tambahan untuk sistem kedua sebanyak 4000 polibeg untuk ditanam cili F1 568.
Kerja set-up untuk sistem kedua telah dimulakan pada bulan June dan anak pokok akan dimasukkan pada minggu pertama bulan Julai 2010.

bersambung...

Hari nie 03 julai 2010,

Anak pokok cili F1 568 telah mula diamasukkan kedalam polibeg bersaiz 12 X 12 yg berisi media cocopeat. Keseluruhan bagi sistem fasa 02 ini adalah 4,000 polibeg dan kerja memasukkan anak pokok kedalam polibeg dijangka siap dalam masa 2 hari.

Berikut adalah gambar yg diambil ditapak projek Kg Tasek bagi fasa 02:-


Bagi tanaman fasa 01 iaitu sebanyak 2400 polibeg telah mula menghasilkan buah dan berbunga dengan kadar yg memberangsangkan walau sedikit terganggu dengan jumlah hujan yg agak banyak dan tidak menentu sekarang. Dijangka fasa 01 bakal mengeluarkan hasil pada pertengahan bulan julai ini. Pokok2 sakit juga telah digantikan dengan anak pokok baru dan kerja memusnahkan pokok sakit akibat virus dijalankan setiap hari supaya tidak menjangkiti pokok lain. Pihak FNIAgro menyediakan anak pokok sebagai ganti pokok sakit tanpa sebarang
cas tambahan.

bersambung......

Salam....

04 julai 2010

Alhamdulillah, kerja transplant anak pokok sebanyak 4000 polibeg telah siapdijalankan selama 2 hari dengan 3 orang tenaga kerja termasuk hamba. Setiap pokok yg kecundang atau sakit bakal digantikan. Kerja meracun seragga bakal dijalankan besok bagi menghindar dari serangan serangga perosak. Harap2 projek Mr Cheah bakal menemui kejayaan kerana tuan punya kebun yg committed dengan kerja2 yg dilakukan. Saya sebagai pihak yg bertanggung jawab menyediakan sistem akan sebaiknya memberi tunjuk ajar yg terdaya.

Kepada anda yg berminat untuk mendapatkan perkhidmatan set-up dari pihak FNIAgro sila hubungi kami di 019-4618406 bagi maklumat lanjut.

wassalam.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai, Terima Kasih.