Monday, November 8, 2010

Update tanaman cili 568 08-11-10

Assalammualaikum...

Pada tanggal 20-10-2010 kami telah memasukkan anak pokok cili dari jenis f1 568 sebanyak 4500 polibeg dan baki sebanyak 5500 polibeg lagi bakal dimasukkan pada tanggal 20-11-2010.

Pelbagai dugaan telah menjelma dalam merialisasikan impian menjadi etani moden. Alhamdulillah, kini projek cili fertigasi ini mampu dilaksanakan dan insyaallah kami akan
meluaskan lagi projek dengan tambahan tapak baru seluas 2 ekar dan sewaan bagi tapak baru juga telah dibuat dan mengikut perancangan kerja penyedian tapak dan kelengkapan fertigasi akan dijalankan dalam pertengahan bulan ini.

Walaupun kami berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan namun semangat kami masih kuat untuk meneruskan projek pertanian ini. Jadi saya ingin menasihati kawan2 yg ingin menceburi bidang apa jua supaya bersiap sedia untuk menghadapi dugaan dan rintangan dan semoga Allah kuatkan semangat dan murahkan rezeki kita semua.

Wassalam.

perkembangan akan kami update dari masa ke semasa, insayaallah.


Plot pertama yg telah dimasukkan anak pokok pada 20-10-2010

Kolah takungan air 12kaki X 10kaki sebab bekalan air bermasalah sikit....dugaan

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai, Terima Kasih.