Thursday, March 5, 2009

Update kebun 05-03-09

Assalammualaikum....

Hari nie saya telah membeli sebuah enjin pum air yg berkuasa 3 kuda untuk kegunaan fasa pertama kat tapak baru yg dirancang sebanyak 5k pokok. Harap2 enjin nie mampu untuk berkhidmat dengan baik. Kerja pemasangan paiping dah siap dilakukan dengan paip inlet 2inchi n outlet 1 inchi. Walau bagai manapun, enjin nie masih belum mampu dikerahkan tenaganya memandangkan tenaga elektrik yg terbatas. Saya hanya tarik elektrik dari rumah seorang cikgu yg berdekatan kebun menggunakan 3 core cable dari plug sahaja. Jadi tak boleh nak support untuk enjin 3 Hp ni. Perbincangan telah dibuat dengan tuan rumah n kerja pendawaian untuk point yg lebih besar akan dilakukan dalam masa terdekat. InsyaAllah sebulan dua lagi pondok saya akan dimasukkan bekalan elektrik terus dari TNB.





No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai, Terima Kasih.