Assalammualaikum....
15-03-09 maka genaplah usia pokok 60 hari. Banyak la jugak yg telah tewas di medan perang akibat virus sang serangga yg durjana. Kesemua yg didapati sakit telah di cabut n digantikan dengan pejuang simpanan. Itu la asam garam penanam cili atau lebih glamour cabai di sebelah utara. Walau pun yg sakit banyak namun semangat terus membara untuk meneruskan projek tanaman cili fertigasi kerana hamba yakin dengan teknologi fertigasi mampu untuk menjana pendapatan....insyaAllah.
Kini pokok2 yg sihat telah mula berputik buah pada node pertama n kedua. Tunas2 air jugak dah mula keluarkan putik bunga tapi belum ada yg sempat kembang....memang macam tu tunas kat bawah lambat sikit dari pangkal utama tu, tapi dia jugak mampu menyumbang hasil yg sama kualiti ngan batang utama.
Kerja menggali telaga jugak dijalankan setelah telaga lama yg ada ditanah yg disewa telah dijumpai. Harap2 telaga ni mampu menjadi penyumbang sumber air utama bagi kebun hamba supaya tak mengharapkan telaga yg digunakan sekarang yg berada ditanah sebelah yg lain tuan nya. Hamba tak nak ambek resiko kerana walau pun hari nie tuan tanah tu bagi green light suruh guna tapi masa kedepan kita tak tahu apa nak jadi....lebih baik kalau adakan telaga kat tanah yg dah ada surat perjanjian sewa.....sebenarnya telaga yg digunakan sekarang pun memang hamba yg keluarkan modal untuk gali...upah orang gali dah abeh RM200.
kat bawah ada gambar2 yg telah disnapkan pada 15-03-09...semoga tuan2 n puan2 sudi melayannya.....layannnnnnnn
ni la rupa telaga yg sedang dalam kerja2 mengorek.....
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dihargai, Terima Kasih.