Monday, December 22, 2008

Tapak Fasa 03....

Assalammualaikum....

Setelah selesai segala kerja2 untuk mendapatkan tanah sewa, kini kerja2 merata tanah telah pun dijalankan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar selama 2 hari....dengan tenaga sebiji buldozer n sebiji trektor maka rata lah sudah tapak baru saya. Lepas nie boleh la dipagarkan n buat pondok untuk stor n tempat tinggal pekerja...insyaAllah.




Tuesday, December 2, 2008

Cerita fasa1 n 2

Assalammualaikum....

Dah lama rasanya tak updatekan cerita projek fasa1 n 2 yg sedang mengeluarkan hasil. Alhamdulillah, setelah 2bulan lebih mengutip hasil di fasa1 yg berkapasiti 900 pokok telah menyumbang kembali modal yg telah dilaburkan untuk keseluruhan projek...kini hasil kutipan fasa 1 n 2 adalah sebagai bonus untuk saya n keluarga ditambah pula dengan harga cili yg melambung dipasaran sekarang.....Alhamdulillah.

Projek percubaan nie telah memperjelaskan kepada saya akan kelemahan n kesilapan yg perlu diperbaiki. Skedul meracun juga amat penting bagi memastikan serangan penyakit terkawal. Kalau penyakit dah tak terkawal, alamat nya makan kuah la kita.....









Tanah 3 ekar untuk projek fertigasi

Assalammualaikum....

Lama jugak tak updatekan blog yg tak sepertinya ni....hari nie nak cerita tentang tanah yg dah dimeterai perjanjiannya salama 2 tahun. Terima kasih bebanyak la ngan sahabat forum BJ yg sudi kongsikan sample surat perjanjian tu...Tak yah la penin kepala nak drafkan lagi....

Kini kerja merata tanah sedang dijalankan, tapi tak sempat ambeik gambar lagi...nanti akan diupdatekan dalam blog nie. Baru2 nie sesi lawatan ketapak projek telah dilakukan dengan tuan tanah n seorang pembantu beliau yg lebih tau tentang sempadan tanah tersebut...yg jadi masalah tetntang sempadan tu sebab tanah yg asalnya bukit dah digondolkan tu yg buat tuan tanah tak berapa tau tu....

Keluasan tanah lebih kurang dalam 3 ekar n mungkin mampu menempatkan dalam 12000 pokok cili. Mengikut perancangan, tanaman akan dilaksanakan mengikut fasa n fasa lak terbahagi kepada 4 fasa. Satu fasi dicadangkan ada dalam 3000 pokok n beza antara fasa adalah sebulan. Dengan cara nie mungkin bekalan cili saya akan berterusan supaya dapat memenuhi keperluan pelanggan. InsyaAllah.

Kat bawah nie adalah gambar2 yg sempat disnapkan masa lawatan tapak....layannnnn








Monday, November 24, 2008

Pam Racun Mitsubishi 6 Hp

Assalammualaikum...

Hari nie FNIAgro Enterprise telah membeli sebuah enjin bersama pum yg berkuasa 6 Hp bagi kerja-kerja semburan racun. Tak larat rasanya nak menggalas tong racun yg mencecah sehingga 30 Kg. Rega set pum nie adalah RM800 sebab 2nd hand. Kat bawah adalah gambar set pum tersebut.


Pum (Power Sprayer)

Enjin n Pum
Paiping 2 roll n nozzle

Pertanian Adalah Perniagaan....

Wednesday, November 19, 2008

Perancangan Projek

Assalammualaikum....
Tanggal 11 November 2008 yang lalu telah rasminya penubuhan FNIAgro Enterprise.
Pendaftaran syarikat dengan no pendaftaran PG0230666-U. Ramai jugak manusia yg dok mendaftar syarikat rupanya....Harap2 syarikat yg didaftarkan akan bergerak aktif..InsyaAllah.
Pendaftaran syarikat dibuat memandangkan ada perancangan bagi memajukan projek yg dah dijalankan. Saya merancang untuk membuka 3 ekar tanah bagi projek cili fertigasi. Hasil dari projek percubaan sebanyak 1500 pokok, saya amat yakin dengan teknik fertigasi ini mampu menjana pendapatan. Tak dinafikan projek percubaan saya banyak kelemahan yg telah dikenal pasti. Kesemua kelemahan tu akan di perbaiki dan insyaAllah kerja seterusnya akan lebih baik.
Dalam pertanian terutama tanaman, disiplin amat perlu. Mematuhi segala perancangan supaya kerja tidak tertangguh dan kesilapan dapat diminimumkan. Permintaan cili merah sangat tinggi.
Jadi perancangan yg baik mampu menjana pendapatan yg baik insyaAllah....
Kerja ditapak baru akan dimulakan secepat mungkin setelah dana atau modal diperolehi. Duit simpanan n mungkin ditambah dari pinjaman dari pihak MARA.

Wednesday, November 5, 2008

Tanah ooo tanah.....

Assalammualaikum....


Kisah mencari tanah pertanian untuk disewa amat la rumit...Setelah usaha dilakukan kini masih belum berjaya. Pada mulanya ada satu tanah seluas lebih kurang 2 ekar iaitu tanah bukit yg telah digondolkan....Bila buat lawatan kat tanah tu, memang ok n baik untuk projek fertigasi sebab tanah dah diratakan masa kerja pengondolan bukit. Perbincangan dengan tuan tanah dah dilakukan tapi sayang tuan tanah hanya bagi buat aggrement 6bulan n kalau boleh sambung lagi 6 bulan.


Ikutkan tanah tu memang tak sesuai untuk tanman sawit atau apa2 pokok sebab tanah bahagian bawah yg memang tak ada apa2 baja....kalau nak tanam gak kena taruk baja lebih...

Wednesday, October 29, 2008

Tujuan Menulis Blog

Assalammualaikum.....
Terima kasih bebanyak kepada sahabat2 yg sudi singgah kat blog saya yg tak sepertinya nie...TQ bebanyak.
Saya jugak nak ucapkan terima kasih bebanyak kat blogger pertanian yg ada yg telah banyak berjasa kepada saya n jugak rasanya kepada sahabat2 yg lain....Dari blog sahabat2 sekalian la yg telah menaikkan semangat saya n mungkin jugak ramai sahabat yg lain untuk cuba bertani....Jasa kalian tetap menjadi kenangan n semoga Allah SWT membalas jasa baik tuan2 sekalian.....
Setelah saya mendapat manfaat dari blogger lain yg tak loket untuk berkongsi ilmu dalam bidang pertanian terutama fertigasi n kini saya jugak ingin menyumbang kepada sahabat2 yg lain....kalau tak banyak, sedikit pun saya bersyukur agar dari paparan yg saya buat diblog ini dapat memberi manfaat kepada sahabat sekalian.....Semoga kita sama2 mendapat petunjuk n hidayah dariNya n semoga dimurahkan rezeki...Amin
Terima kasih kerna sudi singgah di Blog FNIAgro.Blogspot.Com
Adiooossss......

Tuesday, October 28, 2008

Raw Material Baja Fertigasi untuk Cili

Assalammualaikum.

Kali nie saya nak sharekan dengan kengkawan senarai raw material baja n berat sekali yg saya guna untuk projek cili 568 saya....

Monday, October 27, 2008

Kursus fertigasi dalam kenangan......

Assalammualaikum....

Dalam mencari2 bidang apa yg nak diterjun....saya telah terjumpa n terbaca blog sahabat2 yg lebih dulu menceburi bidang pertanian fertigasi....search punya search....ALhamdullillah dipertumakan saya dengan iklan kursus anjuran PUGM....dalam website PUGM derang tulis yuran RM20 untuk keahlian n RM50 untuk kursus. Tapi bila saya call untuk mengesahkan tempat derng cakap hanya perlu bayar RM20 untuk keahlian sahaja...peh kursus 4 ari cuma bayar RM20...rupanya kursus tu dah disponsorkan oleh KBS.....Alhamdulillah.
Cuma saya n wife tanggung duit minyak n toll ja dari Penang ke Banting Selangor....

Kalau sesapa yg nak sertai kursus fertigasi n lain...lawati la laman web PUGM. Derang biasanya kan update apa2 kursus yg akan dilaksanakan...rasanya sangat berbaloi. Kini segalanya menjadi kenangan, kereta rosak masa perjalanan ke tmpat kursus mungkin ujian Allah SWT untuk menguji sejauh mana kesungguh hambaNya nak mencari ilmu.....moga diperkuatkan semangat untuk terus bertani. Kepada sahabat yg baru nak menceburi bidang nie, saya nasihatkan agar fikir sedalam2nya.....kerja nie tak glamour....mungkin akan menyebabkan kulit yg putih gebu menjadi kelam cam saya yg memang dah kelam....kesungguhan kena ada bak kata seorang cina yg melawat kebun saya ari tu...kita tanam pokok aaaa serupa jaga baby looo....hari2 musti mau mai tengok loooo....kalau lu bikin tapi satu minggu satu kali baru mau latang aaa baik lu jangan bikin looo......kata cina tu.

gambar kenangan masa kursus kat ladang JH PESONA Sijangkang.....

Buah Rock Melon Glamor yg tunggu hari nak harvest....JH Pesona punya da....
Kuntum bunga Rock Melon yg perlu didebungakan....manual debunga

Anak2 murid dok belajaq lilit pokok rock melon......
Anak murid tengah dok belajaq pasang dripper......
Semua dok praktikkan kaedah n teknik mencucuk dripper.....
Kerja menyukat air dari titisan dripper untuk tau berapa kapasiti air dalam masa 10 minit....
Tok Guru Bro Eddi n Bro Haniff mencurahkan ilmu....TQ bebanyak...jasa mu tetap kami kenang....

Monday, October 20, 2008

Semai pokok timun....

Assalammulaikum....
Ari nie 20-10-2008 lebih kurang dalam 70 butir biji benih timun batang telah disemai...projek jarik ilmu gak nie....Nak belajar lak kerenah timun kot2 suatu ari nanti boleh carik makan ngan timun lak.
Sepeti yg sahabat2 dok cerita, pokok timun cepat harvest hanya ambek masa lebih kurang sebulan n kemudian dah mula harvest. Mungkin rega timun jauh lebih murah dari cili tapi sebagai sampingan ok gak. Apa2 hal pun try mesti kena try supaya kita boleh ambik kira dari pengalaman sendiri.
Hari nie jugak tanah yg keluasan lebih kurang 2 ekar telah dipersetujui untuk diusahakan. Lepas nie kena ikhtiar lak nak cari modal...InsyaAllah ada la tu. Segala apa yg telah dipelajari akan digunakan untuk projek nie n bab mencari ilmu pun akan diteruskan....Terima kasih bebanyak pada sahabat2 blogger n jugak sahabat forum BicaraJutawan yg banyak memberi ilmu n tunjuk ajar dialam cyber....Tanpa kalian siapa la daku.
Doakan agar Allah SWT kurniakan kekuatan kepada hamba untuk terus berusaha n berjaya dalam biadang pertanian nie.....Tak dapat jadi Hang Tuah, jadik Hang Kebun pun Hang kebun lahhhhhh.....kui..kui...kuiiiii....
OK jumpa lagik.....adiosss

Pokok cili berenang.......

Assalammualaikum...

Beberapa ari yg lalu hujan turun mencurah2....Tapak projek fasa 2 ditenggelami air n menyebabkan pokok cili n terung berenang2 dengan bermacam2 pesen...ada yg kuak lentang, kuak kupu2 n ada jugak yg kuak dada...Apa nak buat dah suratan takdir.
Alhamdulillah pokok2 tu tak mati kelemasan...berenang pakai pelampung (sabut) gerenti tak lemas....kui...kui..kui.....
Sebagai langkah berjaga2, dua pelet bata pasir di oder n telah pun dilapik polibeg tu ngan bata.
Sekurang2nya selamat la sikit dari ditenggelami dek air ujan....
Gambar kat bawah menunjukkan kawasan kejadian banjir kilat ari tu......layan jangan tak layan...




Wednesday, October 8, 2008

Update kutipan hasil....

Assalammualaikum...
Terlebih dahulu ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sahabat-sahabat yg sudi menjengah blog yg tak sepertinya ini....Maaf zahir n Batin kiranya ada terkasar bahasa selama menulis.
Hari nie dah 9 Syawal, setakat nie Alhamdulillah kutipan dah melebihi 200Kg selama lebih kurang 2 minggu mengutip hasil. Permintaan cili merah amat memeranjatkan saya sebab tak menang nak kutip, setiap hari ada saja yg oder. Setakat hari nie hasil dikutip setiap hari dalam 20 ke 30 kg sehari dari lebih kurang 850 pokok. Kat bawah ada sikit gambar yg sempat disnap..








Friday, September 26, 2008

25-09-08 Hasil pertama...

Assalammualaikum....
Alhamdulillah, pada 25 -09 -08 hari Khamis usaha yg aku laksanakan selama lebih kurang 5 bulan dah berjaya mengeluarkan hasil....sebelum nie tanaman kacang bendi fertigasi yg aku buat suka2 dalam 40 pokok dah pun dikutip hasilnya dan disedekah2kan kat sedara n jiran.
Kini tiba masa untuk cili pulak keluarkan hasil....kutipan pertama setelah disedekahkan kat jiran n sedara ada la dalam 3 kg....1 kg dipek 200gram n dijual dengan rega RM1.80 n lagi 2 kg ditolak kat kedai runcit dengan rega RM6.00 sekg.
InsyaAllah hasil akan meningkat pada hari2 mendatang n kelihatan pokok jugak galak mengeluarkan bunga n buah....Alhamdulillah. Poto tak sempat lagi nak disnapkan, nanti kalau ada masa akan dipostkan kat dalam nie....TQ

Friday, September 12, 2008

Update perkembangan pokok hari ke 87 dari semaian...[11-Sept-2008]

Assalammualaikum.....
Pada 11 sept 2008 hari khamis sesi mengambil gambar telah dilakukan....setalah lebih 2 minggu kot tak sanp gambar langsung. Kali nie buah cili dah semakin membesar n mungkin seminggu lagi akan harverst buat julung2 kalinya....InsyaAllah.
Dalam 2 minggu nie hujan turun mencurah2...Rahmat pada sekalian alam. Bagi pak tani yg mengusahakan tanaman cili cam saya pasti kecut perut melihat air hujan yg mencurah2 tu....Tat kala musim hijan sebegina, keadaan tanaman akan terdedah dengan serangan kulat n mungkin jugak serangga yg akan bermaharajalela....mana tak nya, segala racun yg disembur telah dibersihkan dek air hujan yg mencurah2 setiap hari....tapi tak pa, kita anggap saja ini sebagai dugaan yg Maha Esa....
Alhamdulillah, kini cuaca semakin cerah, kerja meracunnn dapat dilaksanakan dengan mengikut jadual yg telah dirancang. Sebelum nie saya hanya guna 2 jenis racun iaitu Malthion n Cypermetherin dan kini telah ditambah satu jenis lagi iatu sejenis racun kulat yg dijual dalam bentuk serbuk....Tak ingat nama dia tapi bahan aktif dia ialah Mencozeb yg biasa digunakan oleh pat tani cili untuk mengekang serangan kulat.
Kerja tapak fasa 2 telah siap walau pun tertangguh terlalu lama....anak semaian dah 1 bulan setengah.....dah besorr bebeno. Tapi Alhamdulillah setelah dicelup selang sehari dalam air baja, nampaknya anak2 tersebut segar bugar jugak....So....saksikan photo yg telah disnapkan pada 11 sept-2008 yg lalu....layannnnnnnnnnnnn

Line up projek mencari ilmu fasa 2 [+/- 700 polibeg]
Serangan kulat [Antraknos buah]
Rasanya yg nie pun serangan kulat tat kala dimusim hujan.....
Keadaan pokok yg sedang berbuah n berbunga....

Tunas pada bahagian bawah turut menyumbangkan hasil....





Rimbunan yg mengijau menenangkan jiwa dan raga yg letih dibulan Ramadhan....