Assalammualaikum....
Tanggal 11 November 2008 yang lalu telah rasminya penubuhan FNIAgro Enterprise.
Pendaftaran syarikat dengan no pendaftaran PG0230666-U. Ramai jugak manusia yg dok mendaftar syarikat rupanya....Harap2 syarikat yg didaftarkan akan bergerak aktif..InsyaAllah.
Pendaftaran syarikat dibuat memandangkan ada perancangan bagi memajukan projek yg dah dijalankan. Saya merancang untuk membuka 3 ekar tanah bagi projek cili fertigasi. Hasil dari projek percubaan sebanyak 1500 pokok, saya amat yakin dengan teknik fertigasi ini mampu menjana pendapatan. Tak dinafikan projek percubaan saya banyak kelemahan yg telah dikenal pasti. Kesemua kelemahan tu akan di perbaiki dan insyaAllah kerja seterusnya akan lebih baik.
Dalam pertanian terutama tanaman, disiplin amat perlu. Mematuhi segala perancangan supaya kerja tidak tertangguh dan kesilapan dapat diminimumkan. Permintaan cili merah sangat tinggi.
Jadi perancangan yg baik mampu menjana pendapatan yg baik insyaAllah....
Kerja ditapak baru akan dimulakan secepat mungkin setelah dana atau modal diperolehi. Duit simpanan n mungkin ditambah dari pinjaman dari pihak MARA.
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dihargai, Terima Kasih.