Thursday, December 23, 2010
melawat taman strawberry genting
Monday, December 20, 2010
Projek Tanaman Cili Fertigasi FNIAgro Ent.
Sunday, November 14, 2010
Tambahan 2 Ekar Projek Cili
Saturday, November 13, 2010
Updated Cahaya Mata
Monday, November 8, 2010
Update tanaman cili 568 08-11-10
Friday, September 10, 2010
Tip tentang hama di ambil dari forum BJ
http://www.bicarajutawan.com/forum/thread26117-10.html
JENIS: ada dua jenis yg biasa jumpa, broad mite atau red spider mite. Yg paling saya selalu kena adalah broad mites.
TANDA: daun kerekot bergulung ke BAWAH, sebab hama sentiasa duduk bawah daun. Ada sikit persamaan dengan kurang nutrien (Ca dsb), jadi kena buat SAMPLING DAUN TIAP2 KALI pergi kebun. Jangan lupa. Kalau nampak merekot ke bawah, cepat-cepat belek bawah daun, bagi kena matahari, kalau ada bintik halus putih/merah bergerak, maknanya hama dah sampai.
VEKTOR: Ni yg buat pen-cili pening ni - hama merebak melalui ANGIN atau melekat pada kaki serangga lain. Jadi kalau ada hama berdekatan kebun, gerenti ada yg akan sampai ke kebun cili. Angin boleh terbangkan satu batalion hama terus ke kebun - jadi jangan terkejut kalau hari ni sembur racun, 2-3 hari kemudian semua pokok dah sakit kena hama, ini pernah terjadi pada saya sendiri waktu musim berangin.
MUSUH SEMULAJADI: Ladybird. Sayangilah ladybird di kebun anda. Juga sesetengah spesis semut. Tembak racun dekat2 nak malam, masa ni biasanya kumbang pemangsa dah balik rumah.
RACUN: Miticide. Terbaik adalah abamectin, apa brand pun boleh, murah lak tu 1L = RM50, pakai dalam 10ml je setong. Abamectin adalah racun contact + partial sistemik, cukup cantik. Malathion pun ok, tapi takde sistemik effect, kena spray kerap dan bau pun pening kepala.
KAWALAN BUKAN RACUN: Terbaik adalah Hydrogen Peroxide (H2O2) ~0.5% - 1%. Memang terus mati, penindasan fizikal (oxidization kulit hama) jadi takkan ada kekebalan. Sekali dengan telur pun kering. Pakai sekerap mungkin, tiada kesan sampingan asalkan jangan bancuh pekat. H2O2 ada kat kedai barang kimia (yg jual barang untuk cleaner etc tu la), last saya beli H2O2 50% tong 30kg harga dalam RM50. Dilute 1:100, 30kg jadi 3000kg = 150 tong 20L. Sekali sembur 33sen je.
Kalau tak ada, guna sistem sabun+minyak yg abg mat selalu cerita (dah banyak ulang agaknya 10 kali dah kot, terima kasih abg mat pasal tak jemu2 tolong cerita).
Jadi saya dah bagi tip2 ni, pandai2 la cari dan berjimat, takyah dok kalut cari brand racun mahal dsb, semua yg saya tulis ni memang confirm boleh control hama insyaAllah. Lagi satu, kalau nak recommend racun, tulis bahan aktif dia, bukan kata brand china atau particular brand. Mungkin satu brand ada beberapa jenis racun (hama, kulat dsb), dah nanti kawan2 silap pergi beli racun kulat utk control hama, tak ke haru.
Last sekali, ingat la tanam cili ni kena ingat, bagi makan kat orang, TOLONG LA jangan pakai racun siam la china la yg mana mungkin kelas1 (macam lenek, tengkorak) pastu dengan bangganya pegi jual cili lepas racun. Memang ada dengar orang eksyen kata dah tanam 10 tahun takde org mati makan sayur dia... tapi mana dia tau dah ada ke yg masuk hospital ke atau dah mula sakit ke... racun memang la jangka masa panjang baru nampak kesan.
Ingat, semua orang yang sakit akibat makan cili kita akan tuntut balik di akhirat. Takkan terlepas walaupun satu habuk kita buat salah, beringat-ingatlah.
Sekian, wassalam.
Monday, July 5, 2010
Penyakit Pokok Cili
Sunday, July 4, 2010
Projek Set-Up sistem fertigasi di Kg Tasek Simpang 4.
Thursday, July 1, 2010
Kongsi Info....Allahuakhbar...
Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains Posted on Thursday, July 01 @ 21:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori |
Oleh: osmantikos
"Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihansolat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapasolat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasasolat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
http://feryco.com/logiknya-solat-dalam-sudut-pandangan-sains
Monday, June 28, 2010
Projek Tanaman Cili Fertigasi FNIAgro Ent.
Friday, March 19, 2010
Salam 2010
Kepada sahabat2 yg telah menjengah blog hamba yg tak seberapa ni, hamba minta maaf kerana tiada update dalam tempoh yg agak lama. Ini berikutan masalah yg dihadapi dalam menempuh dunia yg penuh pancaroba ni. Walau bagaimanapun, usaha dalam projek pertanian ni masih membara dalam diri ni dan akan diteruskan walau apa pun halang yg mendatang.
Harap kawan2 dapat doakan agar saya dimurahkan rezeki dan saya juga doakan agar kita semua dimurahkan rezeki oleh ALLAH SWT....insayAllah.