Tuesday, June 24, 2008

Menyemai biji benih cili spisis 568...F1

Assalammualaikum....

Pada 16 Mei 2008 sejumlah 1040 biji benih telah disemai dalam 10 tray semaian. Macam biasa saya juga guna Peat Mose untuk media semaian. Sebenarnya silvershine pun belum dipasang lagi cuma pagar ja yg dah siap. Memandangkan semaian mengambil masa selama lebih kurang 20 ke 30 hari baru di transplan kan so saya ambek keputusan untuk semai biji benih dulu.
Saya cuma rendamkan biji benih dalam air suam kuku lebih kurang 2 jam ja n lepas ti terus semai dalam media. Sebenarnya banyak kaedah yg dilakukan tapi saja ja nak try cam tu.
Biji benih di tenggelamkan ngan media tapi tak ada la dalam sangat.

Setelah semua biji benih dah ditanam, media lak dibasahkan dengan semburan guna pam tangan n isi air sahaja. Spray kat seluruh tray tu supaya media lembab n lepas tu saya tutup tray semaian tu ngan surat kabar lama n dilembabkan jugak surat kabar tu. Betoi ka kaedah saya?
Tak pa memandangkan ini sesi percubaan, so apa2 saja yg bermain dikepala akan cuba dipraktikkan. Harap2 biji benih nie akan becambah dalam 4 or 5 ari lagi.

Tray semaian 104 lubang n media nya... ari Isnin 16-06-2008

Semaian dah becambah pada hari ke 4 selepas semai... ari Jumaat 20-06-2008

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai, Terima Kasih.