Sunday, November 14, 2010

Tambahan 2 Ekar Projek Cili

Assalammualaikum,''

Hari ni pihak kami telah memulakan kerja membersihh tapak bagi tambahan 2 ekar tanah bagi menjalankan projek tanaman cili merah kaedah fertigasi. InsyaAllah kerja set-up kebun bakal dilaksanakan dalam bulan 12 nanti dan kerja memasukkan anak benih dirancang pada bulan januari 2011 nanti. Semoga segala perancangan dapat berjalan dengan lancar, insyaAllah.

Tapak kebun tambahan 2ekar ni hanya dipisahkan dengan tapak lama dalam 100meter sahaja dan ini memudahkan kerja pemantauan sebab dekat ja.....
Sebenarnya tambahan ni dibuat bagi memastikan pengeluaran yg berterusan supaya dapat memenuhi permintaan dan yg paling penting supaya masa rega cili na
ikkk pihak kami tak ketinggalan untuk merasa.

Berikut ni sedikit gambar kerja mencerahkan tapak menggunakan Bek Ho atau jugak dipanggil cari makan......RM330.00 sehari

Saturday, November 13, 2010

Updated Cahaya Mata

Assalammualaikum....

Kali ni amba saja nak update tentang kehadiran orang baru dalam famili amba kalau dulu kami 4 beranak kini dah jadi 5 beranak.

Rezeki kami kali ni adalah juga puteri dah dinamakan NurFatini Bt Khairil Hisham.
Dilahirkan pada tanggal 20-10-2010 jam lebihkurang 9:30pagi. Kali ni terpaksa operate sebab dah lebih ari tak nak keluar gak, seronok dok kat dalam gamaknya.....Jangka adalah pada 10-10-2010
dah sepuluh ari lewat tu yg kena operate tu.....Tapi Alhamdulillah semuanya selamat n baby pun sihat. Tanggal 30-10-2010 iaitu ari ke 11 tali pusat pun luruh n pada 5-11-2010 iaitu ari Jumaat amba sebagai ayahda nya telah mencukurkan rambut anak yg ketiga dengan sendirinya... Dulu anak sulung ngan no 2 tak berapa nak berani tapi yg ke 3 ni beranilak.....

Jadi amba doakan semoga Allah membuka seluas-luasnya pintu rezekiNya kepada amba sekeluarga serta tak dilupa tuan2 jua...Amin

Monday, November 8, 2010

Update tanaman cili 568 08-11-10

Assalammualaikum...

Pada tanggal 20-10-2010 kami telah memasukkan anak pokok cili dari jenis f1 568 sebanyak 4500 polibeg dan baki sebanyak 5500 polibeg lagi bakal dimasukkan pada tanggal 20-11-2010.

Pelbagai dugaan telah menjelma dalam merialisasikan impian menjadi etani moden. Alhamdulillah, kini projek cili fertigasi ini mampu dilaksanakan dan insyaallah kami akan
meluaskan lagi projek dengan tambahan tapak baru seluas 2 ekar dan sewaan bagi tapak baru juga telah dibuat dan mengikut perancangan kerja penyedian tapak dan kelengkapan fertigasi akan dijalankan dalam pertengahan bulan ini.

Walaupun kami berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan namun semangat kami masih kuat untuk meneruskan projek pertanian ini. Jadi saya ingin menasihati kawan2 yg ingin menceburi bidang apa jua supaya bersiap sedia untuk menghadapi dugaan dan rintangan dan semoga Allah kuatkan semangat dan murahkan rezeki kita semua.

Wassalam.

perkembangan akan kami update dari masa ke semasa, insayaallah.


Plot pertama yg telah dimasukkan anak pokok pada 20-10-2010

Kolah takungan air 12kaki X 10kaki sebab bekalan air bermasalah sikit....dugaan