Monday, July 5, 2010

Penyakit Pokok Cili


Assalammualaikum,

Disini saya ingin mohon kepada sesiapa yg ada idea dan pengetahuan dengan penyakit atau mungkin masalah kekurangan nutrien terhadap pokok yg terdapat dalam photo dibawah.
Saya juga mohon sekiranya ada cadangan untuk memulihkan keadaan pokok tersebut dan pandangan tuan2 akan di publish kat sini sebagai info kepada kengkawan yg lain.....

Harap ada yg sudi membantu....TQ

Gambar A.01

Gambar A.02

Gambar B.01

Gambar A01 dan A02 tu pokok yg sama tapi gambar B01 dari pokok yg berbeza...TQ n wassalam....

Sunday, July 4, 2010

Projek Set-Up sistem fertigasi di Kg Tasek Simpang 4.

Assalammualaikum.

Pada bulan April 2010 pihak fniagro telah menerima tempahan untuk menyediakan sistem
lengkap untuk tanaman cili fertigasi bertempat di Kg Tasek Simpang 4. Kerja-kerja set-up telah disempurnakan mengikut jadual dan anak pokok adalah dari varieti F1 568. dan sedikit anak pokok dari varieti F1 151 sebagai percubaan dan bandingan.

Setelah kerja set up sistem pertama siap, pihak pelanggan telah meminta kami fniagro untuk menyiapkan tambahan untuk sistem kedua sebanyak 4000 polibeg untuk ditanam cili F1 568.
Kerja set-up untuk sistem kedua telah dimulakan pada bulan June dan anak pokok akan dimasukkan pada minggu pertama bulan Julai 2010.

bersambung...

Hari nie 03 julai 2010,

Anak pokok cili F1 568 telah mula diamasukkan kedalam polibeg bersaiz 12 X 12 yg berisi media cocopeat. Keseluruhan bagi sistem fasa 02 ini adalah 4,000 polibeg dan kerja memasukkan anak pokok kedalam polibeg dijangka siap dalam masa 2 hari.

Berikut adalah gambar yg diambil ditapak projek Kg Tasek bagi fasa 02:-


Bagi tanaman fasa 01 iaitu sebanyak 2400 polibeg telah mula menghasilkan buah dan berbunga dengan kadar yg memberangsangkan walau sedikit terganggu dengan jumlah hujan yg agak banyak dan tidak menentu sekarang. Dijangka fasa 01 bakal mengeluarkan hasil pada pertengahan bulan julai ini. Pokok2 sakit juga telah digantikan dengan anak pokok baru dan kerja memusnahkan pokok sakit akibat virus dijalankan setiap hari supaya tidak menjangkiti pokok lain. Pihak FNIAgro menyediakan anak pokok sebagai ganti pokok sakit tanpa sebarang
cas tambahan.

bersambung......

Salam....

04 julai 2010

Alhamdulillah, kerja transplant anak pokok sebanyak 4000 polibeg telah siapdijalankan selama 2 hari dengan 3 orang tenaga kerja termasuk hamba. Setiap pokok yg kecundang atau sakit bakal digantikan. Kerja meracun seragga bakal dijalankan besok bagi menghindar dari serangan serangga perosak. Harap2 projek Mr Cheah bakal menemui kejayaan kerana tuan punya kebun yg committed dengan kerja2 yg dilakukan. Saya sebagai pihak yg bertanggung jawab menyediakan sistem akan sebaiknya memberi tunjuk ajar yg terdaya.

Kepada anda yg berminat untuk mendapatkan perkhidmatan set-up dari pihak FNIAgro sila hubungi kami di 019-4618406 bagi maklumat lanjut.

wassalam.

Thursday, July 1, 2010

Kongsi Info....Allahuakhbar...

Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains
Posted on Thursday, July 01 @ 21:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

TazkirahOleh: osmantikos

"Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihansolat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapasolat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasasolat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

http://feryco.com/logiknya-solat-dalam-sudut-pandangan-sains