Thursday, August 13, 2009

Lagi Update kerja kebun...

Assalammualaikum..

Terlebih dahulu hamba nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada sahabat2 yg sudi menjengah blog hamba yg tak seberapa ni.
Kini kerja2 setup kebun sedang giat dilaksanakan bagi memenuhi keseluruhan ruang yang ada.
Kerja mengisi sabut kedalam polibeg bantal telah siap dan kini pekerja sedang giat menyestepler polibeg bantal tu. Kerja transplant juga dilakukan pada sebelah awal pagi dan petang. Memandangkan anak2 pokok masih kecil jadi kerja transplant dilakukan dengan kadar perlahan sedikit. InsyaAllah jumlah pokok akan meningkat kepada 3000 pokok dalam masa seminggu lagi.

Kerja menyemai anak2 benih juga telah dilakukan seminggu yang lalu dari spisis F1 151 sebanyak 2 pek 10gram. Jumlah dari 2pek rasanya mencecah 2400 biji lebih kurang.
Selebihnya akan digunakan dari spisis f1 568. Sekiranya prestasi f1 151 baik, mungkin akan dijadikan pilihan utama untuk projek seterusnya.

Hari ni 13-08-09 hari khamis, satu perjumpaan dengan setiausaha Datuk Aziz Sheikh Fadil telah diadakan bagi membincangkan projek usahasama yang membabitkan syarikat FNI Agro Enterprise serta KEDA. Dalam perbincangan, saya telah mengajukan cadangan bagi kerjasama dimana pihak KEDA akan menyalurkan dana bagi menjalankan projek tanaman cili fertigasi dimana segala urusan penjagaan dan pemasaran akan diuruskan oleh pihak syarikat FNI Agro.
Setakat ini maklumbalas yg diterima dari pihak KEDA adalah positif dan kerja2 perbincangan bakal diteruskan. InsyaAllah sekiranya berhasil pihak FNI Agro dapat meluaskan lagi operasi kebun. InsyaAllah.

Berikut adalah poto2 yg telah disnapkan hari ni n beberapa hari yg lalu....







No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai, Terima Kasih.