Sunday, August 23, 2009

Salam Ramadhan AL- Mubarak

Assalammualaikum...
Selamat menyambut Ramdhan buat semua kawan2 yg beragama ISLAM.
Semoga Ramdhan tahun ini lebih diberkati dan lebih banyak amal dapat dilaksanakan.
Kerja2 set up kebun masih banyak yang perlu dilaksanakan. Harap2 diberi kekuatan n kesabaran untuk menempuhi bulan yg mulia ni dengan kerja2 yg perlu dilaksanakan....
Lastly....slamat menyambut Ramdhan....nanti saya updatekan kerja2 kebun....
wassalam

Sunday, August 16, 2009

Perkembangan 16-08-09 hari Ahad

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerna menurunkan hujan beberapa hari ni dimana lebih menyegarkan keadaan anak2 pokok. Kerja transplant juga giat dijalankan disebelah pagi n petang serta kerja memacak pancang juga turut dilakukan bagi menyokong pokok dari tiupan angin.
Keadaan anak pokok yg dipindah beberapa minggu dulu kini sudah mula mengeluarkan putik bunga. Berikut adalah gambar yg disnapkan petang tadi. Layannnn
Keadaan anak pokok spisis F1 151, dah mula nak pecah cabang.
F1 151 dah keluar putik bunga...
View kebun yg menempatkan 3500 polibeg...
View kebun yg dah masuk anak pokok F1 469 n F1 151 sebagai testing..
Yang ni spisis F1 469, 1st time mencuba spisis ni...

Thursday, August 13, 2009

Lagi Update kerja kebun...

Assalammualaikum..

Terlebih dahulu hamba nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada sahabat2 yg sudi menjengah blog hamba yg tak seberapa ni.
Kini kerja2 setup kebun sedang giat dilaksanakan bagi memenuhi keseluruhan ruang yang ada.
Kerja mengisi sabut kedalam polibeg bantal telah siap dan kini pekerja sedang giat menyestepler polibeg bantal tu. Kerja transplant juga dilakukan pada sebelah awal pagi dan petang. Memandangkan anak2 pokok masih kecil jadi kerja transplant dilakukan dengan kadar perlahan sedikit. InsyaAllah jumlah pokok akan meningkat kepada 3000 pokok dalam masa seminggu lagi.

Kerja menyemai anak2 benih juga telah dilakukan seminggu yang lalu dari spisis F1 151 sebanyak 2 pek 10gram. Jumlah dari 2pek rasanya mencecah 2400 biji lebih kurang.
Selebihnya akan digunakan dari spisis f1 568. Sekiranya prestasi f1 151 baik, mungkin akan dijadikan pilihan utama untuk projek seterusnya.

Hari ni 13-08-09 hari khamis, satu perjumpaan dengan setiausaha Datuk Aziz Sheikh Fadil telah diadakan bagi membincangkan projek usahasama yang membabitkan syarikat FNI Agro Enterprise serta KEDA. Dalam perbincangan, saya telah mengajukan cadangan bagi kerjasama dimana pihak KEDA akan menyalurkan dana bagi menjalankan projek tanaman cili fertigasi dimana segala urusan penjagaan dan pemasaran akan diuruskan oleh pihak syarikat FNI Agro.
Setakat ini maklumbalas yg diterima dari pihak KEDA adalah positif dan kerja2 perbincangan bakal diteruskan. InsyaAllah sekiranya berhasil pihak FNI Agro dapat meluaskan lagi operasi kebun. InsyaAllah.

Berikut adalah poto2 yg telah disnapkan hari ni n beberapa hari yg lalu....







Friday, August 7, 2009

Update pejalanan baru...

Assalammualaikum....

Alhamdulillah kini projek telah dimulakan. 1300 anak pokok telah selamat dipindahkan dan lagi anak pokok bakal dipindahkan mungkin dalam seminggu lagi.... Kini saya juga mencuba F1 151 dan F1 469 bagi melihat akan kelebihan n kekurangan baka2 tersebut. Pilihan utama buat masa ini masih lagi F1 568.
Kerja pemasangan pancang bagi menyokong anak pokok memandangkan angin yg kuat ditapak projek saya mungkin sebab atas bukit n kawasan yg lapang n luas. Kerja2 mengisi sabut juga sedang giat dijalankan bagi memenuhi keseluruhan tapak projek. Semoga Allah SWT mempermudahkan n memberi kekuatan kpada hambaNya ini, Amin.

Gambar kebun...07-08-09 Jumaat.