Monday, November 24, 2008

Pam Racun Mitsubishi 6 Hp

Assalammualaikum...

Hari nie FNIAgro Enterprise telah membeli sebuah enjin bersama pum yg berkuasa 6 Hp bagi kerja-kerja semburan racun. Tak larat rasanya nak menggalas tong racun yg mencecah sehingga 30 Kg. Rega set pum nie adalah RM800 sebab 2nd hand. Kat bawah adalah gambar set pum tersebut.


Pum (Power Sprayer)

Enjin n Pum
Paiping 2 roll n nozzle

Pertanian Adalah Perniagaan....

Wednesday, November 19, 2008

Perancangan Projek

Assalammualaikum....
Tanggal 11 November 2008 yang lalu telah rasminya penubuhan FNIAgro Enterprise.
Pendaftaran syarikat dengan no pendaftaran PG0230666-U. Ramai jugak manusia yg dok mendaftar syarikat rupanya....Harap2 syarikat yg didaftarkan akan bergerak aktif..InsyaAllah.
Pendaftaran syarikat dibuat memandangkan ada perancangan bagi memajukan projek yg dah dijalankan. Saya merancang untuk membuka 3 ekar tanah bagi projek cili fertigasi. Hasil dari projek percubaan sebanyak 1500 pokok, saya amat yakin dengan teknik fertigasi ini mampu menjana pendapatan. Tak dinafikan projek percubaan saya banyak kelemahan yg telah dikenal pasti. Kesemua kelemahan tu akan di perbaiki dan insyaAllah kerja seterusnya akan lebih baik.
Dalam pertanian terutama tanaman, disiplin amat perlu. Mematuhi segala perancangan supaya kerja tidak tertangguh dan kesilapan dapat diminimumkan. Permintaan cili merah sangat tinggi.
Jadi perancangan yg baik mampu menjana pendapatan yg baik insyaAllah....
Kerja ditapak baru akan dimulakan secepat mungkin setelah dana atau modal diperolehi. Duit simpanan n mungkin ditambah dari pinjaman dari pihak MARA.

Wednesday, November 5, 2008

Tanah ooo tanah.....

Assalammualaikum....


Kisah mencari tanah pertanian untuk disewa amat la rumit...Setelah usaha dilakukan kini masih belum berjaya. Pada mulanya ada satu tanah seluas lebih kurang 2 ekar iaitu tanah bukit yg telah digondolkan....Bila buat lawatan kat tanah tu, memang ok n baik untuk projek fertigasi sebab tanah dah diratakan masa kerja pengondolan bukit. Perbincangan dengan tuan tanah dah dilakukan tapi sayang tuan tanah hanya bagi buat aggrement 6bulan n kalau boleh sambung lagi 6 bulan.


Ikutkan tanah tu memang tak sesuai untuk tanman sawit atau apa2 pokok sebab tanah bahagian bawah yg memang tak ada apa2 baja....kalau nak tanam gak kena taruk baja lebih...