Sunday, August 10, 2008

Dah berbunga.....

Assalammualaikum....

Hari nie Ahad 10 Ogos 2008 bersamaan la dengan 55 hari pokok cili 568 ditanam, kelihatan 2 ke 3 kuntum bunga dah mula mengembang. Yg lelain bakal mengembang dalam beberapa hari lagi.
Dalam pemerhatian, lebih kurang dalam 85% bakal keluarkan bunga dalam minggu nie.
Pehhhh....bertambah semangat eden.

Kerja meracun dilaksanakan selang dua hari dengan campuran 2 unsur racun n syampoo sebagai pelekat. Petua guna shampoo dapat dari otai [Pakcik Khirr] yg berpengalaman menanam sayuran termasuk cili dah berpuluh tahun. Dari penerangan teori yg boleh diterima akal so saya pun dengan bangganya ikut.

Kerja tapak kedua cam terbantut sikit sebab kekurangan dana... isshhhh mana nak carik nie dalam 500 lagi ok la. Akan diusahakan gak. Dalam mencari jalan keluar dari dok bersengkang mata mencari makan kat kilang...arggghhhh...aku dah bosan.
kat bawah ada sikit gambar yg berjaya disnapkan pada ari nie Ahad 10-08-2008.



No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai, Terima Kasih.