Sunday, August 24, 2008

Update hari ke 69 dari semaian....

Assalammualaikum....
Setelah pokok cili berusia 69 hari dari semaian, kini buah yg keluar dinod pertama n kedua dah semakin membesar....Alhamdulillah. Syukur kehadrat Illahi yg telah memberi rahmatNya.
Minggu nie hujan turun mencurah2. Rahmat Allah gak tu. Kerja meracun terbantut sikit tapi kelihatan serangan makluk perosak masih ditahap yg minima....Alhamdulillah.
Kalau diizinkan Nya petang nie 25 Ogos 2008 kerja meracun akan dijalankan sebab setakat sekarang nie nampak cuaca cam terang benderang.





Tuesday, August 19, 2008

Bunga dah jadik buah.....

Assalammualaikum.....
Alhamdulillah....syukur kehadrat Allah S.W.T
Setakat hari nie setelah 2 bulan usia pokok cili 568 sejak disemai dah mula membuahkan hasil.
Setakat hari nie kuntum bunga di nod yg pertama dah ada yg menjadi buah walau banyak jugak yg gugur dimedan perang...... Semakin membesar pokok aku rasa serangan yg datang semakin banyak n ditambah lak dengan cuaca yg tak menentu dengan kehadiran hujan.
Walau bagai manapun usaha akan diteruskan bagi mengawal keadaan ni.




Sunday, August 10, 2008

Dah berbunga.....

Assalammualaikum....

Hari nie Ahad 10 Ogos 2008 bersamaan la dengan 55 hari pokok cili 568 ditanam, kelihatan 2 ke 3 kuntum bunga dah mula mengembang. Yg lelain bakal mengembang dalam beberapa hari lagi.
Dalam pemerhatian, lebih kurang dalam 85% bakal keluarkan bunga dalam minggu nie.
Pehhhh....bertambah semangat eden.

Kerja meracun dilaksanakan selang dua hari dengan campuran 2 unsur racun n syampoo sebagai pelekat. Petua guna shampoo dapat dari otai [Pakcik Khirr] yg berpengalaman menanam sayuran termasuk cili dah berpuluh tahun. Dari penerangan teori yg boleh diterima akal so saya pun dengan bangganya ikut.

Kerja tapak kedua cam terbantut sikit sebab kekurangan dana... isshhhh mana nak carik nie dalam 500 lagi ok la. Akan diusahakan gak. Dalam mencari jalan keluar dari dok bersengkang mata mencari makan kat kilang...arggghhhh...aku dah bosan.
kat bawah ada sikit gambar yg berjaya disnapkan pada ari nie Ahad 10-08-2008.



Sunday, August 3, 2008

Pokok umur 48 hari dari tarikh semaian...

Assalammualaikum.....

Semalam 03-08-07 bersamaan dengan 48 ari pokok cili 568 yg dikira dari tarikh semai telah menampakkan perkembangan. Pokok dah mula keluarkan cabang di bahagian atas ada yg keluar dua n ada jugak yg keluar 3 cabang. Turut keluar bersama adalah kuntum bunga. Semoga pokok-pokok cili nie terus membesar n mengeluarkan buah yg cun.
Dalam projek pertama nie, saya tak la mengimpikan hasil yg tinggi sangat tapi cukup bersyukur sekiranya ia mampu keluarkan hasil sebagai motivasi bagi langkah seterusnya. Penjagaan diberi adalah ditahap yg tinggi sebab tak tau lagi karenah dia.
Meracun di jalankan selang 2 atau 3 hari. InsyaALlah sekiranya tiada aral melintang, petang ni kerja meracun bakal dilaksanakan. Kat bawah nie antara pokok yg dah mengeluarkan kuntum bunga n cabang yg disnapkan semalam.