Assalammualikum....
Bersyukur kehadrat Illahi kerana telah memanjangkan usia kita sehingga berjumpa Ramadhan yakni bulan yg penuh keberkatan. Semoga Ramadhan tahun nie lebih baik dari yg lalu [amal ibadat kita]. Hari nie dah seminggu lebih hujan rahmat turun menyejukkan muka bumi, bagi pak tani mungkin sedikit kerisauan kerana hujan yg banyak mungkin boleh menyebabkan kerosakan pada tanaman tapi bagi pak tani yg mengusahakan tanah sawah hujan amat dinantikan tatkala musim baru sedang bermula.
Tanaman cili saya yg dah berusia hampir 2 bulan 2minggu kini semakin rancak mengeluarkan buah. Tak dapat dinafikan dimasa hujan yg turun setiap hari agak merencatkan sedikit perkembangan iaitu kelihatan tangkai bunga yg kekuningan dan akhirnya gugur dimedan perang......... Mungkin kejadian nie berpunca dari air hujan yg telah melarutkan dan kemudian mengalirkan baja keluar dari polibeg tanpa sempat akar pokok mnyedut dan menyebabkan pokok kekurangan nutrien yg sepatutnya diterima. Bagi mengatasi masalah nie terpaksa memberikan supply baja yg sedikit lebih pada masa yg sesuai iaitu semasa hari panas.
Kandungan kalsium juga terpaksa diberikan berasingan bagi menguatkan ketahanan pokok...teori hamba ja la. Jadual meracun serangga terpaksa disusun semula mengikut kesesuaian cuaca bagi mengelakkan dari pembaziran akibat air hujan yg akan menghilangkan kesan racun. Setakat ni keadaan masih terkawal dan InsyaAllah hasil pertama mungkin dapat dituai seminggu dua lagi. Hasil yg dituai bakal dijual kepada peniaga lauk pauk di pasar Ramdhan n kalau hasil lebih mungkin akan dijual kepada peniaga sayuran. Setakat nie ramai yg sanggup beli hasil dari kebun...Alhamdulillah.
Hari Ahad 31-08-08 kerja tapak fasa 2 dimulakan setelah tanah merah diratakan. Kerja dimulakan dengan pemasangan pagar keliling tapak. Hari Isnin [hari pertama puasa n cuti merdeka] kerja hamparan plastik silvershine dilakukan, memandangkan hari tu adalah puasa yg pertama maka kerja dilakukan dengan agak pelahan sebab letih...... kerja hamparan plastik siap dalam 50% pada hari Isnin 01-09-08 n bakal bersambung hari seterusnya. Kerja penyediaan tapak nie perlu disiapkan secepat mungkin sebab anak semaian dah melebihi tempoh 21 hari.
Anak semaian yg semakin membesar tu terpaksa direndam dalam air baja dengan EC1.0 2 hari sekali untuk mengelakkan danak pokok menjadi layu sebab kekurangan makanan. Setakat nie Alhamdulillah, keadaan anak pokok nampaknya segar.
Kat bawah adalah gambar yg berjaya disnap pada 28-08-08 yg lalu....layannn...
Keadaan anak pokok cili 568 yg dah melebihi had umur......
Keadaan pokok yg dah keluarkan buah....
Projek percubaan dengan membiarkan tunas kat bawah mengeluarkan buah....