Thursday, July 24, 2008

Set Up fasa 2...600 ke 700 polybeg bantal....

Assalammualaikum..........
Kerja kat fasa 1 [900 polybeg] tidaklah serumit masa nak set up dulu...kini hanya perlu untuk kerja meracun yg dijalankan selang 2 hari n mecantas daun yg mungkin hanya dilakukan seminggu sekali. Walau bagai mana pun, pepokok nie kena jugak dibelai sebab dia pun makhluk yg hidup kalau tak nanti dia merajuk pulak n tak mau membesar n keluarkan hasil yg baik.
Betoi ka? Tapi tok guru fertigasi aku dulu cakap cam tu gak.....Betoi la kot.
Kini masa akan diperuntukkan untuk kerja set up fasa ke2. Tapak masih menunggu jentolak untuk meratakan tanah merah yg ada. Kerja mengisi cocopeat kedalam polybeg dilakukan setiap pagi hingga pukoi 12 tengah hari atau 2 petang, sebab keja malam. Target 700 polibeg. Sepagi dapatla dalam 60 ke 70 polybeg siap distepler n tebuk lubang air kiri n kanan....
Guna polybeg bantal nie banyak kerja sikit sebab nak kena stepler n lubang air nak kena tebuk sendiri n jugak lubang nak masukkan anak pokok nak kena buat. Tapi mengikut teori dari MARDI polybeg bantal adalah lebih baik sebab saiz yg tidak terlalu besar supaya larutan baja dapat di serap sepenuhnya oleh akar pokok kerana akar pokok tidak pergi jauh. Tapi itu dari segi teorinya, dari segi praktikal kena tunggu sehingga pokok membesar n menghasilkan buah.

Tapak projek fasa 2...bersebelahan ja ngan fasa 1.


Tapak fasa 2 n nampak fasa 1....


Pot mengisi cocopeat dalam polybeg.....

Anak Pokok setelah 38 ari hidup dimuka bumi....

Assalammualaikum....


Setelah berlalunya 38 hari pokok cili568 hidup dimuka bumi n setelah 2 minggu ianya dipindahkan kedalam polybeg bantal maka beginilah keadaannya.....
Alhamdulillah.....syukur pada Allah.. Pokok kembali pulih setelah mengalami kalayuan pada peringkat awal [lepas pindah] ari tu. Naik balik semangat hamba.

Anak pokok kembali ceria ngan dedaun yg hijau.....

Anak pokok tengah dok proses makanan [fotosintesis] betoi kot.....

Anak pokok yg kelihatan sihat selepas dedaun yg layu dulu di cantas......

Pokok tengah makan untuk membesar.....


Yang nie pun sama gak...tengah makan.

Keadaan dalam barisan.....tapi bukan barisan yg satu tu....

Keadaan dalam perbarisan...dedaun masih kurang nampak...Muda lagi.

Monday, July 14, 2008

Keadaan anak pokok yg layu pada 14-07-08 Isnin

Assalammualaikum.....

Ari Isnin aku keja pagi masuk so sebelah petang baru dapat ke kebun. Keadaan anak pokok yg diserang layu daun bertambah kritikal. Untuk tindakan berani aku ambik keputusan untuk buang semua daun yg layu n tinggalkan yg ok ngan pucuk baru saja. Aku tak kisah sangat kalau anak tu nak arwah pon cuma dlm keadaan ni baik juga aku cuba tengok adakah anak pokok aku tu dapat diselamatkan atau tidak. Kebanyakkan anak pokok aku dah mencantas daun yg sebelah bawah n tinggal 2 daun sebelah atas n pucuk baru yg nak keluar. Tak pasti samada cara aku betoi atau idak tapi aku nekad nam mencuba. Hampir setengah dari 900 anak pokok aku dah kerjakan. Hasilnya mungkin dapat dilihat 2 atau 3 minggu lagi, aku nak compare ngan daun yg tak dibuang. Pembajaan aku set kan 2 kali sekali pagi kol 8.00am n sekali petang kol 4.00pm setiap kali on pam aku set cuma 2 minit...maklum la anak lagi.

Gambar bakal dipostkan kemudian sebab tak berkesempatan nak buat sesi potografi lagi...sibuk keja lagi. Projek nie aku tak ada la nak expect lebih sangat sebab aku bermula dari 0...tak penah lagi aku tanam cili sebelum nie, kalau tanam jagung tu ada la jugak pengalaman tolong ayah ngan mak. Lepas nie aku nak mula ngan fasa kedua, lebih kurang 600 polibeg kat tepi fasa 1 n lebih kurang 200 polibeg kat depan umah ayah, dia teringan nak tanam jugak...tak pa nanti aku set up kan. Memandangkan modal yg makin susut sangat nie, so keja aku semakin slow....nak buat loan ka? Bab loan aku dah pi pejabat Tekun, pejabat Mara n pejabat KBS kat kawasan aku....nanti aku decide balik.

Sunday, July 13, 2008

Kerja membancuh baja set A n B....

Assalammualaikum...
Hari Ahad 13-07-08 kerja membancuh baja set A dan B telah dilaksanakan. Kesemua unsur baja yg diberi oleh MARDI telah siap ditimbang n cuma tunggu untuk dilarutkan dalam tong yg berisi air 100 liter sahaja. Untuk membuat bancuhan A n B kita memerlukan dua tong yg mampu memuatkan 100 liter air atau lebih. Jadi kita kena la sediakan 2 tong. Baca yg dicampur dalam tong tersebuat akan digunakan bagi membuat bancuhan dalam tangki baja yg bakal dipam ke pokok setiap ari. Penyedian dua tong untuk set A n B telah dibuat dengan membeli tong drum biru dari seorang India kat Nibong Tebal. Harga satu tong tersebut adalah RM30, jadi untuk 2 tong RM 60 terpaksa diterbangkan.....



Bancuhan baja dibuat dengan memasukkan air sebanyak 100 liter kedalam tong biru kemudian masukkan satu persatu unsur baja n kacau air tersebut supaya unsur tersebut dilarutkan sepenuhnya dalam air. Seperti yg diajarkan semasa kursus n turut di ajar oleh pegawai MARDI En Ramli, unsur baja hendaklah dimasukkan satu persatu dengan membuat kecauan supaya setiap unsur tersebut dilarutkan dahulu sebelum unsur seterusnya dimasukkan. Untuk set A terdapat dua unsur iaitu......nanti saya updatekan..lupalak.

Kerja Trans Plant anak cili...

Assalammualaikum...

Kerja trans plant anak2 cili telah dilaksanakan pada ari Khamis [10-07-08] sebelah pagi, Jumaat [11-07-08]sebelah pagi n ari Sabtu [12-07-08] sebelah petang. Jumlah keseluruhan polibeg adalah hanya 900 untuk anak cili. Setakat nie ada 40 pokok kacang bendi n 900 pokok cili 568.
Fasa kedua bakal dimulakan dalam beberapa ari lagi dengan kerja2 mertakan tanah n seterusnya. Fasa kedua mungkin mampu dimuatkan dalam 700 polibeg.

Anak pokok cili yg dah dipindahkan kedalam polibeg. 1 hari transplant....

Anak pokok cili yg dah dipindahkan kedalam polibeg. 1 hari transplant....

Anak pokok cili yg dah dipindahkan kedalam polibeg. 1 hari transplant....

Wednesday, July 9, 2008

Updated kerja kat kebun....09-07-08

Assalammualaikum....
Ari nie maka siap la kerja2 yg sangat menyakitkan pinggang iaitu menebuk lubang kat polibeg bantal. Lebih kurang 1000 biji bantal polibeg. Memandangkan kerja malam, jadi kerja kat kebun hanya dapat dilaksanakan pada sebelah pagi...petang acara membuta....
Planning, ari Jumaat 11-07-08 nak mulakan transplant anak pokok cili 568 lebih kurang dalam 1000 pokok. Kerja transplan kena buat awai pagi or petang. Tapi rasanya elok lagi dibuat sebelah petang. Ikut teori aku, kalau sebelah petang pokok ada masa yg lebih untuk sesuaikan diri sebab petang n malam n pagi kemudian baru dia akan dapat cahaya mentari untuk proses pemprosesan makanan dia. So rasanya pokok akan lebih selesa. Setelah buat transplant untuk anak pokok bendi beberapa ari yg lalu disebelah petang nampak anak pokok kemain ceria lagi.....
Arggggghhhhh.... malam nie keja banyak...tester tak abeh2 down.....sambung lain kali...TQ

Tuesday, July 8, 2008

Bekalan baja.....sumbangan dari MARDI

Assalammualaikum...

Ari ni nak cita berkenaan bekalan baja yg telah dipersetujui oleh pegawai dari Mardi.
Setelah memberi penerangan berkenaan projek ni, pegawai Mardi telah bersetuju untuk membekalkan baja. Bebanyak terima kasih pada pegawai Mardi tersebut.
Sebenarnya sebelum nie saya juga terima bantuan cocopeat n polibeg dari pihak Mardi.
Projek ni akan dilaksanakan dibawah pemantauan pihak Mardi dan saya akan menuruti segala
advice yg Mardi kasi.....kira cam usahasama ngan Mardi.
Kerja kat tapak projek hampir siap 100% cuma tinggal sedikit lagi polibeg yg belum ditebuk
lubang untuk air lebih keluar....kerja yg amat manyakitkan pinggang.
InsyaAllah siang nanti 09-07-08 kerja2 tu akan saya siapkan, tu pun kalau tak ngantuk almaklum la keja malam.
Cocopeat telah 2 ari di sirami ngan air untuk pembersihan. InsyaAllah anak pokok akan ditransplan pada ari Jumaat 11-07-08. Kalau tak sempat abeh kerja tu akan bersambung pada ari sabu n ahad...cuti leh la pulun seharian kat kebun.


Ni la rupa pondok pam yg telah berjaya disiapkan dengan kayu n bumbung 2nd hand n cemey [free]

Ni lak rupa anak pokok yg dibelai tiap ari sampai mem kat umah mula dok konplen...umur 20 qri dah......

Memandangkan sesi pembajaan bakal dilaksanakan, EC meter telah diorder dengan SabakAgro...oder yg murah ja RM150 + 6 kos penghantaran. Harap2 barang akan sampai selewat2nya pon ari Isnin 14-07-08. Tong bancuhan stok A n B pun tak beli lagi...duit lagi.


Kat bawah tu adalah gambar anak pokok kacang bendi yg dah 4 ari diTransplan kan... saja test bendi sikit untuk belajar, kalau ada hasil leh jugak buat makan.... Semaian kacang buncis masih belum ada apa perkembangan, entah ok entah idak pun tak tau la.

Anak pokok kacang bendi yg telah di Transplankan...sesi testing 50 pokok.

Tuesday, July 1, 2008

Sambungan kerja pemasangan bumbung pondok pam.

Assalammualaikum....

Hari nie 01-07-08 ari selasa masuklah ari ke 16 semaian benih 568 disemai dan ari nie jugak saya menyemai 20 biji benih kacang buncis untuk sesi ujian n pembelajaran.
Pagi nie memula pegi kedai hardware untuk beli paku untuk kerja buat pondok pam, habeh jugak RM10 untuk paku, kemudian singgah satu kedai baja yg baru dibuka kat Parit Buntar, saja singgah ingat nak cari baja NPK 15:15:15 untuk anak pokok cili dan kesempatan tu jugak saya guna untuk beli benih kacang buncis.......

Biji benih kacang buncis, RM2.00 dalam ada 20 biji ja........

Updated gambar anak pokok cili 568 ari ke 16....ok ka? Updated keja pasang kayu alang untuk bumbung.....sepagi cuma ini ja yg siap. Keja sorang2...save budget.Anak pokok bendi yg disemai seminggu....Test projek gak nie.....