Wednesday, October 8, 2008

Update kutipan hasil....

Assalammualaikum...
Terlebih dahulu ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sahabat-sahabat yg sudi menjengah blog yg tak sepertinya ini....Maaf zahir n Batin kiranya ada terkasar bahasa selama menulis.
Hari nie dah 9 Syawal, setakat nie Alhamdulillah kutipan dah melebihi 200Kg selama lebih kurang 2 minggu mengutip hasil. Permintaan cili merah amat memeranjatkan saya sebab tak menang nak kutip, setiap hari ada saja yg oder. Setakat hari nie hasil dikutip setiap hari dalam 20 ke 30 kg sehari dari lebih kurang 850 pokok. Kat bawah ada sikit gambar yg sempat disnap..








Friday, September 26, 2008

25-09-08 Hasil pertama...

Assalammualaikum....
Alhamdulillah, pada 25 -09 -08 hari Khamis usaha yg aku laksanakan selama lebih kurang 5 bulan dah berjaya mengeluarkan hasil....sebelum nie tanaman kacang bendi fertigasi yg aku buat suka2 dalam 40 pokok dah pun dikutip hasilnya dan disedekah2kan kat sedara n jiran.
Kini tiba masa untuk cili pulak keluarkan hasil....kutipan pertama setelah disedekahkan kat jiran n sedara ada la dalam 3 kg....1 kg dipek 200gram n dijual dengan rega RM1.80 n lagi 2 kg ditolak kat kedai runcit dengan rega RM6.00 sekg.
InsyaAllah hasil akan meningkat pada hari2 mendatang n kelihatan pokok jugak galak mengeluarkan bunga n buah....Alhamdulillah. Poto tak sempat lagi nak disnapkan, nanti kalau ada masa akan dipostkan kat dalam nie....TQ

Friday, September 12, 2008

Update perkembangan pokok hari ke 87 dari semaian...[11-Sept-2008]

Assalammualaikum.....
Pada 11 sept 2008 hari khamis sesi mengambil gambar telah dilakukan....setalah lebih 2 minggu kot tak sanp gambar langsung. Kali nie buah cili dah semakin membesar n mungkin seminggu lagi akan harverst buat julung2 kalinya....InsyaAllah.
Dalam 2 minggu nie hujan turun mencurah2...Rahmat pada sekalian alam. Bagi pak tani yg mengusahakan tanaman cili cam saya pasti kecut perut melihat air hujan yg mencurah2 tu....Tat kala musim hijan sebegina, keadaan tanaman akan terdedah dengan serangan kulat n mungkin jugak serangga yg akan bermaharajalela....mana tak nya, segala racun yg disembur telah dibersihkan dek air hujan yg mencurah2 setiap hari....tapi tak pa, kita anggap saja ini sebagai dugaan yg Maha Esa....
Alhamdulillah, kini cuaca semakin cerah, kerja meracunnn dapat dilaksanakan dengan mengikut jadual yg telah dirancang. Sebelum nie saya hanya guna 2 jenis racun iaitu Malthion n Cypermetherin dan kini telah ditambah satu jenis lagi iatu sejenis racun kulat yg dijual dalam bentuk serbuk....Tak ingat nama dia tapi bahan aktif dia ialah Mencozeb yg biasa digunakan oleh pat tani cili untuk mengekang serangan kulat.
Kerja tapak fasa 2 telah siap walau pun tertangguh terlalu lama....anak semaian dah 1 bulan setengah.....dah besorr bebeno. Tapi Alhamdulillah setelah dicelup selang sehari dalam air baja, nampaknya anak2 tersebut segar bugar jugak....So....saksikan photo yg telah disnapkan pada 11 sept-2008 yg lalu....layannnnnnnnnnnnn

Line up projek mencari ilmu fasa 2 [+/- 700 polibeg]
Serangan kulat [Antraknos buah]
Rasanya yg nie pun serangan kulat tat kala dimusim hujan.....
Keadaan pokok yg sedang berbuah n berbunga....

Tunas pada bahagian bawah turut menyumbangkan hasil....





Rimbunan yg mengijau menenangkan jiwa dan raga yg letih dibulan Ramadhan....



Thursday, September 4, 2008

Kerja Fasa2.....

Assalammualaikum....

Tanggal 04-09-2008 hari Khamis, kerja penyedian tapak untuk fasa 2 diteruskan.
Hamparan silvershine telah disiapkan dan disusuli dengan kerja menyusun polibeg bantal.
Jumlah yg berjaya disusun adalah 400 unit polibeg. Untuk fasa 2, paiping dibuat dengan 1 paip16mm bagi satu baris supaya pressure air baja lebih kuat. Jumlah baris adalah sebanyak 10 baris. Kerja menebuk X diatas polibeg telah disiapkan untuk 4 baris dan akan bersambung esok.
Diharap semoga kerja transplan untuk 400 polibeg nie dapat dilaksanakan pada hari Sabtu.
Untuk fasa 2 dijangka mampu memuatkan lebih kurang 700 polibeg.

Gambar tapak fasa 2 akan dipost pada masa akan datang....Tak sempat nak snap gambar ari nie.

Monday, September 1, 2008

Salam Ramadhan al Mubarak...

Assalammualikum....
Bersyukur kehadrat Illahi kerana telah memanjangkan usia kita sehingga berjumpa Ramadhan yakni bulan yg penuh keberkatan. Semoga Ramadhan tahun nie lebih baik dari yg lalu [amal ibadat kita]. Hari nie dah seminggu lebih hujan rahmat turun menyejukkan muka bumi, bagi pak tani mungkin sedikit kerisauan kerana hujan yg banyak mungkin boleh menyebabkan kerosakan pada tanaman tapi bagi pak tani yg mengusahakan tanah sawah hujan amat dinantikan tatkala musim baru sedang bermula.
Tanaman cili saya yg dah berusia hampir 2 bulan 2minggu kini semakin rancak mengeluarkan buah. Tak dapat dinafikan dimasa hujan yg turun setiap hari agak merencatkan sedikit perkembangan iaitu kelihatan tangkai bunga yg kekuningan dan akhirnya gugur dimedan perang......... Mungkin kejadian nie berpunca dari air hujan yg telah melarutkan dan kemudian mengalirkan baja keluar dari polibeg tanpa sempat akar pokok mnyedut dan menyebabkan pokok kekurangan nutrien yg sepatutnya diterima. Bagi mengatasi masalah nie terpaksa memberikan supply baja yg sedikit lebih pada masa yg sesuai iaitu semasa hari panas.
Kandungan kalsium juga terpaksa diberikan berasingan bagi menguatkan ketahanan pokok...teori hamba ja la. Jadual meracun serangga terpaksa disusun semula mengikut kesesuaian cuaca bagi mengelakkan dari pembaziran akibat air hujan yg akan menghilangkan kesan racun. Setakat ni keadaan masih terkawal dan InsyaAllah hasil pertama mungkin dapat dituai seminggu dua lagi. Hasil yg dituai bakal dijual kepada peniaga lauk pauk di pasar Ramdhan n kalau hasil lebih mungkin akan dijual kepada peniaga sayuran. Setakat nie ramai yg sanggup beli hasil dari kebun...Alhamdulillah.
Hari Ahad 31-08-08 kerja tapak fasa 2 dimulakan setelah tanah merah diratakan. Kerja dimulakan dengan pemasangan pagar keliling tapak. Hari Isnin [hari pertama puasa n cuti merdeka] kerja hamparan plastik silvershine dilakukan, memandangkan hari tu adalah puasa yg pertama maka kerja dilakukan dengan agak pelahan sebab letih...... kerja hamparan plastik siap dalam 50% pada hari Isnin 01-09-08 n bakal bersambung hari seterusnya. Kerja penyediaan tapak nie perlu disiapkan secepat mungkin sebab anak semaian dah melebihi tempoh 21 hari.
Anak semaian yg semakin membesar tu terpaksa direndam dalam air baja dengan EC1.0 2 hari sekali untuk mengelakkan danak pokok menjadi layu sebab kekurangan makanan. Setakat nie Alhamdulillah, keadaan anak pokok nampaknya segar.
Kat bawah adalah gambar yg berjaya disnap pada 28-08-08 yg lalu....layannn... Keadaan anak pokok cili 568 yg dah melebihi had umur......
Keadaan pokok yg dah keluarkan buah....

Projek percubaan dengan membiarkan tunas kat bawah mengeluarkan buah....







Sunday, August 24, 2008

Update hari ke 69 dari semaian....

Assalammualaikum....
Setelah pokok cili berusia 69 hari dari semaian, kini buah yg keluar dinod pertama n kedua dah semakin membesar....Alhamdulillah. Syukur kehadrat Illahi yg telah memberi rahmatNya.
Minggu nie hujan turun mencurah2. Rahmat Allah gak tu. Kerja meracun terbantut sikit tapi kelihatan serangan makluk perosak masih ditahap yg minima....Alhamdulillah.
Kalau diizinkan Nya petang nie 25 Ogos 2008 kerja meracun akan dijalankan sebab setakat sekarang nie nampak cuaca cam terang benderang.





Tuesday, August 19, 2008

Bunga dah jadik buah.....

Assalammualaikum.....
Alhamdulillah....syukur kehadrat Allah S.W.T
Setakat hari nie setelah 2 bulan usia pokok cili 568 sejak disemai dah mula membuahkan hasil.
Setakat hari nie kuntum bunga di nod yg pertama dah ada yg menjadi buah walau banyak jugak yg gugur dimedan perang...... Semakin membesar pokok aku rasa serangan yg datang semakin banyak n ditambah lak dengan cuaca yg tak menentu dengan kehadiran hujan.
Walau bagai manapun usaha akan diteruskan bagi mengawal keadaan ni.




Sunday, August 10, 2008

Dah berbunga.....

Assalammualaikum....

Hari nie Ahad 10 Ogos 2008 bersamaan la dengan 55 hari pokok cili 568 ditanam, kelihatan 2 ke 3 kuntum bunga dah mula mengembang. Yg lelain bakal mengembang dalam beberapa hari lagi.
Dalam pemerhatian, lebih kurang dalam 85% bakal keluarkan bunga dalam minggu nie.
Pehhhh....bertambah semangat eden.

Kerja meracun dilaksanakan selang dua hari dengan campuran 2 unsur racun n syampoo sebagai pelekat. Petua guna shampoo dapat dari otai [Pakcik Khirr] yg berpengalaman menanam sayuran termasuk cili dah berpuluh tahun. Dari penerangan teori yg boleh diterima akal so saya pun dengan bangganya ikut.

Kerja tapak kedua cam terbantut sikit sebab kekurangan dana... isshhhh mana nak carik nie dalam 500 lagi ok la. Akan diusahakan gak. Dalam mencari jalan keluar dari dok bersengkang mata mencari makan kat kilang...arggghhhh...aku dah bosan.
kat bawah ada sikit gambar yg berjaya disnapkan pada ari nie Ahad 10-08-2008.



Sunday, August 3, 2008

Pokok umur 48 hari dari tarikh semaian...

Assalammualaikum.....

Semalam 03-08-07 bersamaan dengan 48 ari pokok cili 568 yg dikira dari tarikh semai telah menampakkan perkembangan. Pokok dah mula keluarkan cabang di bahagian atas ada yg keluar dua n ada jugak yg keluar 3 cabang. Turut keluar bersama adalah kuntum bunga. Semoga pokok-pokok cili nie terus membesar n mengeluarkan buah yg cun.
Dalam projek pertama nie, saya tak la mengimpikan hasil yg tinggi sangat tapi cukup bersyukur sekiranya ia mampu keluarkan hasil sebagai motivasi bagi langkah seterusnya. Penjagaan diberi adalah ditahap yg tinggi sebab tak tau lagi karenah dia.
Meracun di jalankan selang 2 atau 3 hari. InsyaALlah sekiranya tiada aral melintang, petang ni kerja meracun bakal dilaksanakan. Kat bawah nie antara pokok yg dah mengeluarkan kuntum bunga n cabang yg disnapkan semalam.

Thursday, July 24, 2008

Set Up fasa 2...600 ke 700 polybeg bantal....

Assalammualaikum..........
Kerja kat fasa 1 [900 polybeg] tidaklah serumit masa nak set up dulu...kini hanya perlu untuk kerja meracun yg dijalankan selang 2 hari n mecantas daun yg mungkin hanya dilakukan seminggu sekali. Walau bagai mana pun, pepokok nie kena jugak dibelai sebab dia pun makhluk yg hidup kalau tak nanti dia merajuk pulak n tak mau membesar n keluarkan hasil yg baik.
Betoi ka? Tapi tok guru fertigasi aku dulu cakap cam tu gak.....Betoi la kot.
Kini masa akan diperuntukkan untuk kerja set up fasa ke2. Tapak masih menunggu jentolak untuk meratakan tanah merah yg ada. Kerja mengisi cocopeat kedalam polybeg dilakukan setiap pagi hingga pukoi 12 tengah hari atau 2 petang, sebab keja malam. Target 700 polibeg. Sepagi dapatla dalam 60 ke 70 polybeg siap distepler n tebuk lubang air kiri n kanan....
Guna polybeg bantal nie banyak kerja sikit sebab nak kena stepler n lubang air nak kena tebuk sendiri n jugak lubang nak masukkan anak pokok nak kena buat. Tapi mengikut teori dari MARDI polybeg bantal adalah lebih baik sebab saiz yg tidak terlalu besar supaya larutan baja dapat di serap sepenuhnya oleh akar pokok kerana akar pokok tidak pergi jauh. Tapi itu dari segi teorinya, dari segi praktikal kena tunggu sehingga pokok membesar n menghasilkan buah.

Tapak projek fasa 2...bersebelahan ja ngan fasa 1.


Tapak fasa 2 n nampak fasa 1....


Pot mengisi cocopeat dalam polybeg.....

Anak Pokok setelah 38 ari hidup dimuka bumi....

Assalammualaikum....


Setelah berlalunya 38 hari pokok cili568 hidup dimuka bumi n setelah 2 minggu ianya dipindahkan kedalam polybeg bantal maka beginilah keadaannya.....
Alhamdulillah.....syukur pada Allah.. Pokok kembali pulih setelah mengalami kalayuan pada peringkat awal [lepas pindah] ari tu. Naik balik semangat hamba.

Anak pokok kembali ceria ngan dedaun yg hijau.....

Anak pokok tengah dok proses makanan [fotosintesis] betoi kot.....

Anak pokok yg kelihatan sihat selepas dedaun yg layu dulu di cantas......

Pokok tengah makan untuk membesar.....


Yang nie pun sama gak...tengah makan.

Keadaan dalam barisan.....tapi bukan barisan yg satu tu....

Keadaan dalam perbarisan...dedaun masih kurang nampak...Muda lagi.