Wednesday, July 9, 2008
Updated kerja kat kebun....09-07-08
Tuesday, July 8, 2008
Bekalan baja.....sumbangan dari MARDI
Memandangkan sesi pembajaan bakal dilaksanakan, EC meter telah diorder dengan SabakAgro...oder yg murah ja RM150 + 6 kos penghantaran. Harap2 barang akan sampai selewat2nya pon ari Isnin 14-07-08. Tong bancuhan stok A n B pun tak beli lagi...duit lagi.
Kat bawah tu adalah gambar anak pokok kacang bendi yg dah 4 ari diTransplan kan... saja test bendi sikit untuk belajar, kalau ada hasil leh jugak buat makan.... Semaian kacang buncis masih belum ada apa perkembangan, entah ok entah idak pun tak tau la.
Anak pokok kacang bendi yg telah di Transplankan...sesi testing 50 pokok.
Tuesday, July 1, 2008
Sambungan kerja pemasangan bumbung pondok pam.
Hari nie 01-07-08 ari selasa masuklah ari ke 16 semaian benih 568 disemai dan ari nie jugak saya menyemai 20 biji benih kacang buncis untuk sesi ujian n pembelajaran.
Pagi nie memula pegi kedai hardware untuk beli paku untuk kerja buat pondok pam, habeh jugak RM10 untuk paku, kemudian singgah satu kedai baja yg baru dibuka kat Parit Buntar, saja singgah ingat nak cari baja NPK 15:15:15 untuk anak pokok cili dan kesempatan tu jugak saya guna untuk beli benih kacang buncis.......
Biji benih kacang buncis, RM2.00 dalam ada 20 biji ja........
Updated gambar anak pokok cili 568 ari ke 16....ok ka? Updated keja pasang kayu alang untuk bumbung.....sepagi cuma ini ja yg siap. Keja sorang2...save budget.
Anak pokok bendi yg disemai seminggu....Test projek gak nie.....
Monday, June 30, 2008
Nur Farzana n Nur Izzati
Kali nie saja nak postkan tentang dua puteri Nur Farzana umur 5 tahun [22 June 2003] n Nur Izzati 4 tahun [20 June 2004].
Nur Izzati [Adik] 4 tahun [20 June 2004].
2 Puteri ngan Mak Puteri
Kerja pembinaan pondok tangki yg tertangguh.
Kuda2 yg tak sepertinya....tukang tak ngaji. janji pondok tu berbumbung....ya dak.
Update semaian pada 30 June 08
Anak pokok cili 568 yg dah mula keluar daun yg ke 3 n 4.
Keadaan anak pokok dalam satu tray.
Memandangkan ari nie cuaca yg agak suram...hujan ditengah ari, so saya lakukan kerja memindahkan anak pokok yg hidup berkongsi lubang. Masa semai biji ari tu saja gatai tangan dok bubuh 2 biji dalam satu lubang.
Saturday, June 28, 2008
Kerja memasang micro tiub n dripper.
Tiub n dripper tu akan dipasang kat polipaip 16mm kat tapak projek. Keja memasang nie dilakukan dengan menebuk lubang kat 16mm polipaip n kemudian di cuckkan ujung tiub 1.5mm tu kedalam polipaip tadi. Saya gunakan paku 2 inchi untuk tebuk lubang pada polipaip. Keja menyucuk tiubing nie lebih mudah dilakukan semasa pilopaip dalam keadaan panas, kira masa tengah ari la sebab polipaip tu dah jadik lembut.
Nie gambar Tiubing 1.5mm n Dripper yg dah siap dicucuk kat polipaip 16mm..
Tuesday, June 24, 2008
Pemasangan microtiubing beserta dripper...
Hamparan silvershine n menyusun polibeg spisis bantal..

Polibeg bantal yg disusun atas silvershine.
Menyemai biji benih cili spisis 568...F1
Tray semaian 104 lubang n media nya... ari Isnin 16-06-2008

Semaian dah becambah pada hari ke 4 selepas semai... ari Jumaat 20-06-2008
Gerak kerja seterusnya.....

Tapak untuk rumah pam


Projek cili fertigasi sesi percubaan.
Setelah banyak membaca n menghadiri kursus tanaman secara fertigasi, saya telah menapak setapak kehadapan dengan melaksanakan projek cili fertigasi percubaan. Mengikut perancangan sesi percubaan ini akan melibatkan sejumlah lebih kurang 1500 beg dengan tanaman cili fertigasi. Walau bagai mana pun sebagai seorang manusia saya hanya mampu merancang n terlaksana atau tidak adalah ketentuan Allah yg Maha Esa.
Saya amat berterima kasih kepada sahabat2 yg telah banyak mencurahkan ilmu baik dalam forum mahu pun dalam blog memasing.....TQ bebanyak n semoga Allah murahkan n berkatkan rezeki sahabat2 semua.
21 Apr 2008 hingga 24 Apr 2008 adalah tarikh kursus yg telah saya n isteri hadiri iaitu kursus tanaman secara fertigasi anjuran KBS n PUGM bertempat di Kg Medan Sijangkang Banting, Selangor. Terima kasih bebanyak kepada penganjur n terutama kepada bro Hafiz, Eddie n Ali yg telah mencurahkan ilmu kepada lebih kurang 30 peserta yg mengikuti kursus tersebut.....buat kat ladang memberi kan advantage kepada kami untuk lebih memahami apa yg diajarkan.....TQ bebanyak.
Setelah selesai kursus, saya memulakan kerja pertama iaitu mencari tapak yg sesuai. Memandang kan saya tak punyai tanah sendiri jadi memula sekali nak attack tanah ayahda tapi tanah tu tak sesuai sebab tanah bendamg [sawah]. Setelah bertanya-tanya kan sahabat kg saya diberi no tell seorang penyelia estet yg kononnya ada tanah untuk disewakan. Dengan penuh semangat saya menghubungi orang tu, memang ada tanah kosong 2 ekar nak disewakan tapi bila difikirkan balik baik saya buat dengan skop yg lebih kecik supaya sesi mencari pengalaman n mengurangkan resiko.
Perbincangan ngan isteri tercinta akhirnya kami dapat persetujuan untuk mulakan projek cili fertigasi nie kat depan umah nenek isteri..kat kg Sungai Kecil Hilir atau nama glamer nya Kg 300 kaki. Kawasan depan umah tu memang tak diusahakan n hanya dipenuhi dek semak samun.
Awai bulan Mei saya memulakan proses menyah kan semak samun dengan bersenjatakan mesin rumput. Sebelum nie keja normal shift tapi setelah ada projek yg dirancang so jalan shift lagi baik....4 minggu mintak keja malam so di pagi hari boleh la jalankan tugasan untuk 1st projek nie. Kerja memesin rumput lebih kurang dalam seminggu jugak.
Setelah semak samun dinyahkan, kini tiba untuk menyahkan 4 pohon pokok rambutan yg dah tua n yg hasil buahnya tak bagoih. Kerja menebang nie terpaksa jugak upah orang sebab mana nak larat tetak guna parang...mau pecah tangan pun belum tentu 4 pokok tu nak tumbang....so keja tebang pokok dah upah orang RM100.00
Tapak projek yg masih bersemak n samun...

