Monday, March 2, 2009

Update kebun lama...02-03-09

Assalammualaikum...

02-03-09 kebun lama yg menempatkan sebanyak 900 polibeg telah mencapai umur 50 hari. Kelihatan pokok2 yg sihat telah mula mengeluarkan putik bunga dan mula pecah cabang. Memandangkan minggu ni kekerapan hujan boleh dikatkan setiap hari, jadi kerja meracun dikerapkan kepada setiap hari iaitu sebelah pagi sebab hujaurun sebelah sering turun sebelah petang. Kerja meracun juga dilaksanakan ditapak baru setiap hari....jadi letih yg amat sangat memandang akulah tokey n aku jugalah kuli.....Tapak baru kerja meracun menggunakan power sprayer n kat tapak lama masih menggunakan pum racun tong sebab tak larat nak gulung hose cable.

Walau bagaimanapun, perancangan untuk membeli lagi 2 unit power sprayer yg berharga RN1300 bagi satu set memang dah ada untuk masa depan cuba menunggu modal ja...InsyaAllah kalau ada rezeki dalam bulan 5 nanti boleh beli kot....

Kat bawah adalah gambar2 yg telah disnapkan pada 02-03-09...layannnnn
Ni la rupa tunas yg dikatan tunas air, bagi saya tunas ni mampu mangeluarkan hasil jadi dikekalkan.....tapi tak semua cuma dipilih yg terbaik dalam tiga tunas sahaja....
Anak pokok mula pecah cabang n mengeluarkan putik bunga.....
Pokok yg dah mula berputik bunga n tunas2 yg disimpan....
Putik bunga yg bakal menghasilkan buah..kalau ada rezeki.
Keadaan kebun lama....

Friday, February 27, 2009

update kebun 27-02-09

Assalammualaikum...

Hari nie 27 feb 2009 maka dah mencapai 50 hari umur pokok ditapak lama 900 pokok n baru 3000 pokok. Masalah sumber air yg dialami ditapak baru menyebabkan kerja2 yg sepatutnya dilakukan tergendala dan antaranya adalah kerja meracun ditapak baru.....maka terjadilah kerosakan pada anak2 pokok yg masih manja n sedap diratah dek makhluk perosak.....
Apa2 pun kini kerja meracun telah kembali dijalankan dan bakal dikerapkan supaya serangan dapat dipatahkan....boleh ka? Kita sekadar berusaha Allah SWT yg menentukan...

Tapak lama buat masa nie berjalan lancar walau banyak masa dihabiskan kat tapak baru...
Setakat hari nie kebanyakan pokok dah mula menampakkan putik bunga yg bakal berkembang dalam 2 or 3 hari lagi...harap2 menjadilah hendaknya.
kat bawah nie ada gambar2 yg baru disnapkan kat tapak baru petang tadi....so selamat melayan...


Beginilah keadaan tapak baru....
Pekerja sedang memacak kayu pancang......
Kayu pancang baru siap 3 silvershine ja....
Daun yg nampak merekot...cabut n tukar yg baru....anak simpanan ada lagi...

Wednesday, February 25, 2009

Serangga perosak....disedut dari forum Bicara Jutawan...

Assalammualaikum...
Kali nie saya nak kongsikan dengan kengkawan sedikit maklumat berkenaan dengan serangga perosak yang sering mengganggu atau merosakkan tanaman cili. Sumber disedut dari forum BJ.
Dari Abg Mat.
A. THRIPs;serangga bersaiz kecil 1/20 - 1/10 inci panjang terbang dan melompat. terdapat 2 jenis utama thrips, bertelur 25-70 biji sesuatu masa danmembiak dengan cepat. lavae memakan daun muda, pucuk dan berlindung antara urat bawah daun. bunga juga menjadi tempat pelindung dan menjadikan bunga tak aktif atau gugur. Daun menjadi kerinting dan kerepot berbintik putih atau hijau muda. serangan memjadikan pokok muda terbantut pertumbuhan dan pembesaran. Merupakan vektor utama penyakit virus pokok, tomato spotted wilt virus (TMV) atau CMV. Rumpai merupakan perumahan yang ideal untuk thrips. kawalan rumpai amat di galakan.Pengawalan thrips boleh dilakukan secara biologi atau pesticide. sesetengah thrips akan kebal dengan satu jenis pesticide yang sama. adalah di sarankan agar penggunaan pesticide di selangseli untuk 2-3 jenis yang lain.Perawatan: boleh guna Imidacloprid atau Admire atau Provado ( bahan aktif sama )pesticide lainya bolek guna avamectin atau malathion, Carbofuran dan Pyrethrins
Dari juga Abg Mat,
2. APHIDS:Aphids juga dikenali sebagai kutu pokok, besaiz 1/10 in atau lebih kecil, berwarna hijau, perang, hitam dan juga kuning. kehadiran dapat dipantau menggunakan perekat kadbod kuning dan ini memberi indikasi pokok akan menghadapai masaalah. perumahan aphids di bawah daun dan pucuk muda serta petal bunga, terutama pada tomato, timun, dan juga cili.aphid akan menghisap sap daun , dan aktiviti fotosintesis terganggu manjadikan pokok terbantut kesuburan, aphid juga menyuntik enzime pada daun , menjadi kerinting dan kerepot serta menebal pada marginal daun, daun menggulung kebawah.kalau terkena thrips daun menggulung keatas ( perbedaan antara penyakit sebab thrip dan aphids ) Meluahkan kumbuhan dalam bentuk gula menyebabkan terjadi honeydew, honeydew ini merupakan media untuk pertumbuhan fungus hitam atau sooty mould atau spotted chlorosis, kualiti pokok dan buah menurun. Aphid juga menjadi vector penyebaran penyakit viral dieseas dengan cepat, kalau serious akan mengakibat bantut dan kematian.Pembiakan aphids amat cepat, setiap aphid dewasa melahirkan nymphs bukan telur sebanyak 6-10 ekor perhari dan terus menghisap daun selama 5 hari dan menjadi dewasa dan membiak. Jangka hayat 30-45 hari.Pengawalan aphids:Pengawalan secara biologikal oleh ladybird, kumbang, penyengat dan lain2 serangga preditor.Pengawalan agak sukar menggunakan insecticide terutama aphid hijau, racun kontak atau sentuhan boleh digunakan, tumpuan spray dibawah daun membantu.Insecticide sitemic ini boleh digunakan: Disulfoton, Decis (Bayer ), Imidacloprid, Dimethoate, dan juga malathion.
Dari Tok Guru Abg Mat.
3. WHITE FLIES atau LALAT PUTIHSerangga bersaiz kecil 1/32 in berwarna kekuningan, warna putih tu merupakan debu2 pada badannya. Perumahan selalu bawah daun bahagian atas pokok. Pembiakan cepat dengan 10-14 telur sehari dibawah daun dan membentuk bulatan kuning keputihan, menetas dalam masa 3-5 hari membentuk nymph dan terus menghisap sap daun. jangkahayat dari nymph sampai kojol 30 hari. tempat hisapan akan membentu chlorotic kekuningan dan mengganggu fotosintesis dan tumbesaran terbantut. Perkumbahan honeydew akan menjadi fungus dikenali sebagai tomato chlorosis virus dan juga tomato yellow curl virus, kalau virus ni terkena pada buah, masak tak seragam pada sebiji buah tu.Pengawalan dengan menggunakan perekat kadbod kuning membantu sedikit sebanyak. Perhatian pada anak pokok sebelum transplant, kemungkinan ada telur atau nymphs pada anak semaian. Semburan sentuh agak berkesan walau pun susah kalau kanopi pokok tebal terutama pada bawah daun, badan flies di selaputi bahan berlilin dan menyusahkan semburan sentuhan. Telur dan pupa tak memberi kesan pada semburan, tapi jika guna air sabun serta cili agak berkesan dan telur mengering. cepat kebal pada semburan sejenis racun, selang seli di amalkan dalam masa 4-5 hari sekali.pengawalan secara biologi di kawal oleh serangga pemangsa atau kumbang.secara sistemic boleh gunakan: Imidachloprid, Decis, Malathion, avamectin, dan juga Dimethoate, di selangseli 2/3 jenis racun.
Dari Abg Mat.
4. SPIDER MITES atau LABA2 MERAH atau HAMAMABersaiz amat kecil, dewasa 1/50 in panjang berwarna hijau pucat dan berbintik hitam. Perumahan selalu bawah daun celah2 urat, memakan daun dan pucuk muda. membiak dan membesar dari telur dalam 5-7 hari. setiap dewasa bertelur 6-8 biji sehari dan anak mula memakan daun celah urat. Keadaan daun menjadi berkerinting kebawah, menebal dan rapuh berwarna kuning berdebu dan mengganggu proses fotosintesis, proses membuat makanan terhenti, daun mengering walaupun air dan nutrient mencukupi. Keadaan ini lambat disedari sebab kehadiran susah di kesan dengan mata kita-amat kecil sekali. Pengawalan yang tidak efisen akan menjatuhkan mutu dan produksi pokok.Pengawalan bermula dari anak benih lagi sebelum transplant, kebersihan kawasan , media dan alatan digunakan amat penting. penggunaan sprinkler berkesan mengurangkan mites, tapi mengundang penyakit viral lain sebab kelembapan. Populasi meningkat pada suhu tinggi dan cuaca kering. Pengunaan insecticide dan juga miticide setiap 5 hari boleh membantu sebab telur tak boleh di hapuskan dengan spray, hanya yang dewasa saja, sebab life cycle dia 5 hari saja. Tumpukan semburan di bawah daun dan pucuk serta bunga.Insecticide berikut boleh digunakan berselangseli 4-5 hari sekali: Mesurol 50WP (Bayer); Imidacloprid; Thiodan 50WP; Malathion; Dimethoate; dan juga Avamectin.
Dari Abg Mat.
6. LAIN2 SERANGGATerdapat bermacam macam serangga prosak yang menyerang pokok tanaman; antaranya serangga pemakan daun, ulat buah, lalat buah, belalang, semut, kumbang, bena perang, dan lain2nya.kawalan dengan regular spray membantu menghindar atau mengurangkan. gunakan insecticide yang sesuai untuk serangga berkaitan.PENYAKIT POKOK BERKAITAN FUNGUS, BACTERIA, DAN BERKAITAN NEMATODESBermacam2 jenis penyakit pembawaan serangga, nematodes, dan KITA SENDIRI.Dalam perbincangan kali ini kita tumpukan pada yang agak critikal dan sering di alami oleh pekebun kita: Kita mulakan dengan penyakit viral diseases yang berkaitan dalam tanah dahulu:1. SEEDLING DISEASE atau DUMPING OFF atau LECUR BATANG ANAK POKOK.Ada beberapa jenis fungus dalam tanah/media menjadi penyebab; antaranya rhizoctania solani, phytophthora capsici, phythium spp dan juga fusarian spp. mula terbentuk fungus dalam keadaan kelembapan media yang tinggi dan cuaca panas. Menanam terus bijij benih mudah terkena penyakit ini berpanding menggunakan anak dari semaian. Akar yang dijankiti fungus akan mereput, layu dan mati. Lecur berair terjadi pada pokok terutama pokok muda pada paras tanah/media. Biasanya biji benih yang tak tumbuh disebabkan fungus dalam tanah atau pun benih tercemar. Jangkitan juga berlaku di tapak semaian lagi.Pengawalan semasa tranplant amat perlu, boleh gunakan fungucide Provicur N atau setara dengan bancuhan 150-200ml untuk siraman sertamerta setelah transplant. penggunaan secara regular setiap 4-5 minggu menghindar fungus tanah. sebaiknya biji benih dirawat sebelum semai, guna fungucide yang sesuai.Boleh guna fungucide berikut mengikut instruction pada label: Dichloropropene; Mefenoxam, Metalaxyl, Ridomil copper 70W, Telone II, Copper oxychloride dan juga Antracol atau Terraclor 75WP.
Dari Abg Mat.
2. PENYAKIT VERTICILLIUM WILT/FUSARIAN ATAU LAYU BACTERIAL.Penyakit bermula apabila fungus tanah memasuki akar pokok dan menghalang air dan nutrient memasuki xylem pada batang untuk proses membuat makanan, layu yang serious terjadi waktu siang walaupun pokok akan segar pada malam dan awal pagi. simpton awal dilihat pada layu dan daun kekuningan pada bahagian bawah pokok serta mengecil, kekuningan bertambah, gugur dan pokok mati. kalau sudah terkena amat susah dirawatpulihkan.Pengawalan sebelum terjadi menggunakan nematicide spt Dichlopropene, Telone II, atau Nemacur.3. RHIZOCTONIA ROOT ROTFungus yang terdapat dalam tanah adalah penyebab penyakit ini, kelembapan tinggi mengundang fungus dan menyerang akar terutama pada anak semaian atau peringkat awal pertumbuhan dan terjadi juga pada pokok matang. Layu yang serious terjadi dan berakhir kematian. Fungus menular pada batang berhampiran tanah/media dan naik keatas bahagian pokok. Lecur perang kemerahan terjadi pada batang dan juga akar tunjang mula mereput, akar baru mungkin tumbuh pada bahagian atas dari yang mereput , tapi tumbesaran terbantut, produksi berkurang. Amat serius jika tanaman terutama cili berulang tanam pada tempat yang sama atau mengguna untreated media yang sama.Pengawalan dan perawatan boleh menggunakan nematicide/fungucide: Dichlopropene, Nemacur, Ridmil 2E, Ridmil copper 70W, atau Telone II. Racun di campur pada media atau siraman bergantung pada jenis. Ulang setiap 4-5 minggu.
4. ROOT KNOT NEMATODEBerpunca dari cacing microscopicyang terdapat dalam tanah/media, memakan akar pokok apabila dalam kelembapan yang tinggi. Tanah atau media tercemar oleh cacing berpunca dari telur2 seni yang di pindahkan oleh jentera bajak, alatan pertanian, yang penggunaan berubah tempat, dari tapak semaian/anak benih, binatang -tikus, cengkerik dan lain2, dari punca air siraman yang tidak bersih. Jika dah terkena agak susah nak menghapusnya, cacing akan meluahkan toxic enzime menjadikan akar berbuntil2, dan simpulan, dan ini menghindar serapan nutrient dan air, kadar produksi pokok menurun sekitar 20% sebelum kita ketahui punca sebenar, kalau serius, pokok bantut melampau, daun menguning dan chlorosis ( berkarat hangus ) danpokok layu dengan cepat.Pengawalan dan perawatan menggunakan Telone II atau Dichlopropene di adun 7-10 hari dalam media sebelum transplant, biarkan 10 hari kalu media agak lembab. Nemacur juga boleh digunakan dengan cara menabur keliling sekitar 1 ka dari pokok

Thursday, February 19, 2009

Air ooo air....

Assalammualaikum...
Kemarin 18-02-09 n ari nie 19-02-09 amat meletihkan....Kerja boring air dijalankan tapi air tak dapat2 jugak....Tanah di tebuk sedalam 60 kaki tapi tak jumpa jugak pasir yg menunjukkan adanya air....Sebagai langkah akhir kebun baru akan menggunakan bekalan air dari sungai yg terletak lebih kurang 100 meter dari tapak kebun....kita hanya merancang Allah juga yg menentukan.....

Wednesday, February 18, 2009

update kebun 18-02-09

Assalammualaikum....

Alhamdulillah hari nie kerja2 transplant untuk tapak baru dah selesai...jumlah keseluruhan pokok 2800 sahaja. Sepatutnya saya menempatkan 5000 pokok untuk phase 1 tapi diatas masalah yg tak dapat diatasi....
Kini tapak baru masih mengalami masalah dengan bekalan air....buat masa sekarang bekalan air diambil dari satu kolam takungan air hujan yg mempunyai nilai PH6. Memandangkan dah 2 minggu hujan tak turun paras air dalam kolam dah semakin surut.
Kerja boring air dah dilakukan masa awai2 kerja tanah dulu...Memandangkan kawan2 yg buat kerja boring yg main banyak kini telah menyusahkan saya....memang hampeh punya kawan....
Kerja boring untuk mencari sumber air akan dilakukan besok, kalau ada rezeki alhamdulillah kalau tak dak jugak air terpaksala saya menggunakan bekalan air dari sungai yg terletak lebih kurang 200 kaki....Apa2 pun usaha tetap akan diteruskan.

Kat bawah nie ada beberapa gambar yg saya nak sharekan ngan kengkawan semua....layannnn

Pemandangan kebun tat kala dinihari.....
Tangki baja n pum air.....
Line pokok







EC/Tds Meter HANNA

Saturday, February 14, 2009

Update projek 14-02-09

Assalammualaikum....

Mengikut perancangan asal, tapak baru akan dimuatkan dengan 5 ribu pokok bagi setiap peringkat tapi sebagai manusia biasa kita hanya mampu merancang tapi segala ketentuan adalah datang dari Allah S.W.T. Bekalan cocopeat terkandas dan hanya mampu menampung 3 ribu pokok untuk 1st badge.Walau bagai mana pun saya terima dengan lapang dada kerana mungkin ada hikmah dari Nya....
Setakat hari nie kerja transplant telah siap djalankan sebanyak 3000 pokok dan baki akan menyusul setelah bekalan cocopeat sampai.....

Thursday, February 5, 2009

Serangan sang kera....

Assalammualaikum....

Hari nie 05-02-09 dipagi hari satu kejadian telah berlaku ditapak baru.... Rasa2nya angkara sang kera berkumpulan. Nasib baik anak pokok belum dipindah masuk kedalam polibeg...hanya polibeg dalam 10 beg yg dikerjakan dek sang kera n gang....


Kepada sesapa yang ada kaedah nak menghalau atau menghindari dari gangguan sang kera boleh la share kan dengan saya....TQ


Lagi update...

Assalammualaikum...

Minggu nie hampir melabuhkan tirainya...besok dah hari jumaat 6 feb 09.
Alhamdulillah tapak lama dah selamat ditransplankan...jumlah hanya dalam 900 pokok.
Kat bawah ada gambar tapak lama yg baru dimasukkan anak........








Sunday, February 1, 2009

Update kebun baru...

Assakammualaikum..
Maaf kepada sahabat2 yg dok masuk blog nie tapi tak ada perkembangan atau update...
Kerja set up kebun memang meletihkan n ditambah lak dengan network yg problem tu yg tak sempat nak update...
dalam perancangan tapak baru akan menempatkan lebih kurang 10k pokok dimana akan dijalankan dalam 2 peringkat iaitu 5k bagi satu peringkat. Untuk projek baru ni masih menggunakan polibeg bantal yg berukuran 16x10 n media tanaman cocopeat.
setakat hari nie hanya 1500 polibeg ja yg dah siap disusun sebab bekalan cocopeat masih belum sampai. InsyaAllah 1500 p beg yg dah siap disusun tu akan dimasukkan anak pokok dalam minggu ni sebab anak dah cukup umur untuk ditransplankan. Tapak lama juga akan dimasukkan anak pokok dalam minggu nie n insyaAllah mungkin petang besok 2 feb.

kat bawah nie adalah gambar2 kat tapak baru.....layannn.
Rumah semaian..muat dalam 80 tray untuk satu1 masa.......

Polibeg bantal bersaiz 16x10 yg dah siap disumbat dengan cocopeat n dah distepler...tapi belum tebuk lubang.....
Pondok 10kaki x 36kaki...untuk stor, pum n tangki baja

Line silvershine n polibeg bantal yg dah disusun n belum...tapi sekarang dah siap dengan microtiub n dah boleh transplant anak.....

Puteri NurFarzana kat kebun....kikikikikikiiiiii

Monday, December 22, 2008

Tapak Fasa 03....

Assalammualaikum....

Setelah selesai segala kerja2 untuk mendapatkan tanah sewa, kini kerja2 merata tanah telah pun dijalankan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar selama 2 hari....dengan tenaga sebiji buldozer n sebiji trektor maka rata lah sudah tapak baru saya. Lepas nie boleh la dipagarkan n buat pondok untuk stor n tempat tinggal pekerja...insyaAllah.




Tuesday, December 2, 2008

Cerita fasa1 n 2

Assalammualaikum....

Dah lama rasanya tak updatekan cerita projek fasa1 n 2 yg sedang mengeluarkan hasil. Alhamdulillah, setelah 2bulan lebih mengutip hasil di fasa1 yg berkapasiti 900 pokok telah menyumbang kembali modal yg telah dilaburkan untuk keseluruhan projek...kini hasil kutipan fasa 1 n 2 adalah sebagai bonus untuk saya n keluarga ditambah pula dengan harga cili yg melambung dipasaran sekarang.....Alhamdulillah.

Projek percubaan nie telah memperjelaskan kepada saya akan kelemahan n kesilapan yg perlu diperbaiki. Skedul meracun juga amat penting bagi memastikan serangan penyakit terkawal. Kalau penyakit dah tak terkawal, alamat nya makan kuah la kita.....









Tanah 3 ekar untuk projek fertigasi

Assalammualaikum....

Lama jugak tak updatekan blog yg tak sepertinya ni....hari nie nak cerita tentang tanah yg dah dimeterai perjanjiannya salama 2 tahun. Terima kasih bebanyak la ngan sahabat forum BJ yg sudi kongsikan sample surat perjanjian tu...Tak yah la penin kepala nak drafkan lagi....

Kini kerja merata tanah sedang dijalankan, tapi tak sempat ambeik gambar lagi...nanti akan diupdatekan dalam blog nie. Baru2 nie sesi lawatan ketapak projek telah dilakukan dengan tuan tanah n seorang pembantu beliau yg lebih tau tentang sempadan tanah tersebut...yg jadi masalah tetntang sempadan tu sebab tanah yg asalnya bukit dah digondolkan tu yg buat tuan tanah tak berapa tau tu....

Keluasan tanah lebih kurang dalam 3 ekar n mungkin mampu menempatkan dalam 12000 pokok cili. Mengikut perancangan, tanaman akan dilaksanakan mengikut fasa n fasa lak terbahagi kepada 4 fasa. Satu fasi dicadangkan ada dalam 3000 pokok n beza antara fasa adalah sebulan. Dengan cara nie mungkin bekalan cili saya akan berterusan supaya dapat memenuhi keperluan pelanggan. InsyaAllah.

Kat bawah nie adalah gambar2 yg sempat disnapkan masa lawatan tapak....layannnnn








Monday, November 24, 2008

Pam Racun Mitsubishi 6 Hp

Assalammualaikum...

Hari nie FNIAgro Enterprise telah membeli sebuah enjin bersama pum yg berkuasa 6 Hp bagi kerja-kerja semburan racun. Tak larat rasanya nak menggalas tong racun yg mencecah sehingga 30 Kg. Rega set pum nie adalah RM800 sebab 2nd hand. Kat bawah adalah gambar set pum tersebut.


Pum (Power Sprayer)

Enjin n Pum
Paiping 2 roll n nozzle

Pertanian Adalah Perniagaan....

Wednesday, November 19, 2008

Perancangan Projek

Assalammualaikum....
Tanggal 11 November 2008 yang lalu telah rasminya penubuhan FNIAgro Enterprise.
Pendaftaran syarikat dengan no pendaftaran PG0230666-U. Ramai jugak manusia yg dok mendaftar syarikat rupanya....Harap2 syarikat yg didaftarkan akan bergerak aktif..InsyaAllah.
Pendaftaran syarikat dibuat memandangkan ada perancangan bagi memajukan projek yg dah dijalankan. Saya merancang untuk membuka 3 ekar tanah bagi projek cili fertigasi. Hasil dari projek percubaan sebanyak 1500 pokok, saya amat yakin dengan teknik fertigasi ini mampu menjana pendapatan. Tak dinafikan projek percubaan saya banyak kelemahan yg telah dikenal pasti. Kesemua kelemahan tu akan di perbaiki dan insyaAllah kerja seterusnya akan lebih baik.
Dalam pertanian terutama tanaman, disiplin amat perlu. Mematuhi segala perancangan supaya kerja tidak tertangguh dan kesilapan dapat diminimumkan. Permintaan cili merah sangat tinggi.
Jadi perancangan yg baik mampu menjana pendapatan yg baik insyaAllah....
Kerja ditapak baru akan dimulakan secepat mungkin setelah dana atau modal diperolehi. Duit simpanan n mungkin ditambah dari pinjaman dari pihak MARA.

Wednesday, November 5, 2008

Tanah ooo tanah.....

Assalammualaikum....


Kisah mencari tanah pertanian untuk disewa amat la rumit...Setelah usaha dilakukan kini masih belum berjaya. Pada mulanya ada satu tanah seluas lebih kurang 2 ekar iaitu tanah bukit yg telah digondolkan....Bila buat lawatan kat tanah tu, memang ok n baik untuk projek fertigasi sebab tanah dah diratakan masa kerja pengondolan bukit. Perbincangan dengan tuan tanah dah dilakukan tapi sayang tuan tanah hanya bagi buat aggrement 6bulan n kalau boleh sambung lagi 6 bulan.


Ikutkan tanah tu memang tak sesuai untuk tanman sawit atau apa2 pokok sebab tanah bahagian bawah yg memang tak ada apa2 baja....kalau nak tanam gak kena taruk baja lebih...

Wednesday, October 29, 2008

Tujuan Menulis Blog

Assalammualaikum.....
Terima kasih bebanyak kepada sahabat2 yg sudi singgah kat blog saya yg tak sepertinya nie...TQ bebanyak.
Saya jugak nak ucapkan terima kasih bebanyak kat blogger pertanian yg ada yg telah banyak berjasa kepada saya n jugak rasanya kepada sahabat2 yg lain....Dari blog sahabat2 sekalian la yg telah menaikkan semangat saya n mungkin jugak ramai sahabat yg lain untuk cuba bertani....Jasa kalian tetap menjadi kenangan n semoga Allah SWT membalas jasa baik tuan2 sekalian.....
Setelah saya mendapat manfaat dari blogger lain yg tak loket untuk berkongsi ilmu dalam bidang pertanian terutama fertigasi n kini saya jugak ingin menyumbang kepada sahabat2 yg lain....kalau tak banyak, sedikit pun saya bersyukur agar dari paparan yg saya buat diblog ini dapat memberi manfaat kepada sahabat sekalian.....Semoga kita sama2 mendapat petunjuk n hidayah dariNya n semoga dimurahkan rezeki...Amin
Terima kasih kerna sudi singgah di Blog FNIAgro.Blogspot.Com
Adiooossss......

Tuesday, October 28, 2008

Raw Material Baja Fertigasi untuk Cili

Assalammualaikum.

Kali nie saya nak sharekan dengan kengkawan senarai raw material baja n berat sekali yg saya guna untuk projek cili 568 saya....